Pengikut laman ini

Friday, April 6, 2018

Teknik untuk Mengesan Susunan Konstituen Ayat


Jika pelajar hendak mengesan susunan konstituen ayat, pelajar perlu mengenal pasti subjek, predikat, dan frasa keterangan serta meneliti kedudukan atau susunannya   dalam ayat tersebut. Predikat ayat akan disongsangkan ke depan dan subjeknya diletakkan di belakang. Jika ayat itu ada frasa keterangan, frasa itu juga boleh disongsangkan. Sebagai contohnya, telitilah soalan di bawah.

Soalan STPM Penggal 2 2015
Analisis soalan dan jawapan:
16 Yang manakah bukan ayat songsang?
A   Bilakah delegasi dari negara Jepun akan tiba?
B   Rajin benar pembantu rumah Puan Saadiah itu.
C   Adik lelakinya penulis novel remaja yang terkenal.
D   Pada minggu hadapan, Encik Khairul menghadiri kursus.

Soalan meminta pelajar untuk memilih ayat yang bukan ayat songsang. Oleh itu, pelajar perlu mengenal pasti ayat songsang dan bukan ayat songsang. Jawapannya C kerana ayat tersebut menepati kehendak soalan iaitu ayat “Adik lelakinya penulis novel remaja yang terkenal.” merupakan ayat susunan biasa dan bukan ayat songsang. Tiga ayat dalam jawapan A, B, dan D pula merupakan ayat songsang kerana susunannya bukan susunan biasa.

2 comments:

Raja Nor Anida said...

Assalamualaikum Cikgu...Saya Raja Nor Anida, pelajar sarjana Pendidikan Bahasa Melayu Ukm. Saya sedang menjalankan kajian tentang aplikasi blog sebagai sumber rujukan penulisan karangan bahasa Melayu. Dalam kajian yang saya lakukan, saya akan memperkenalkan 7 blog guru Bahasa Melayu yang masih aktif dan mengandungi maklumat tentang karangan bahasa Melayu. Jadi, saya ingin memohon keizinan daripada cikgu untuk saya menggunakan dan memperkenalkan blog cikgu ini (khirkassim.blogspot.my) kepada pelajar tingkatan 4 di dalam kelas sebagai rujukan penulisan karangan bahasa Melayu bagi memenuhi kajian tesis sarjana saya. segala jasa baik cikgu saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Cikgu Mohd Khir Kassim said...

Waalaikumussalam. Ok, saya izinkan demi ilmu yang perlu dikongsi.