1
Yang manakah pernyataan yang benar tentang morfologi?
I Bidang yang mengkaji pembentukan kata.
II Bidang yang mengkaji bunyi dan makna kata.
III Bidang yang mengkaji fonem, morfem, dan
kata.
IV
Bidang yang mengkaji bentuk struktur dan golongan kata.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
· Analisis soalan dan jawapan:
Soalan
meminta pelajar untuk memilih pernyataan yang benar tentang morfologi daripada
pernyataan yang disenaraikan. Oleh itu, pelajar perlu mengetahui bidang kajian
dalam morfologi dan membuat pilihan daripada pernyataan yang diberikan. Jawapannya
B kerana pilihan I dan IV merupakan bidang kajian dalam morfologi berbanding
dengan II dan III bukan bidang kajian dalam morfologi sahaja tetapi terdapat
juga bidang fonologi dan semantik.
2
Yang manakah padanan yang betul antara jenis
penggandaan dengan contohnya?
Jenis penggandaan
|
Contoh
|
||||
I
|
Berentak bebas
|
P
|
Remeh-temeh
sedu-sedan
|
||
II
|
Berentak
pengulangan vokal
|
Q
|
Suku-sakat,
bolak-balik
|
||
III
|
Bersisipan
|
R
|
Cerai-berai,
pekik-mekik
|
||
IV
|
Berentak
pengulangan konsonan
|
S
|
Tali-temali,
jari-jemari
|
||
I
|
II
|
III
|
IV
|
|
A
|
P
|
Q
|
S
|
R
|
B
|
R
|
P
|
Q
|
S
|
C
|
P
|
R
|
S
|
Q
|
D
|
R
|
S
|
P
|
Q
|
Analisis soalan dan jawapan
·
Soalan meminta pelajar untuk memilih
padanan yang betul antara jenis penggandaan dengan contohnya. Oleh itu, calon
perlu mengetahui jenis kata ganda dan memadankannya dengan contoh yang betul. Jawapannya
C kerana contoh penggandaan berentak bebas ialah “remeh-temeh” dan
“sedu-sedan”. Contoh penggandaan
berentak pengulangan vokal ialah “cerai-berai” dan “pekik-mekik”. Contoh
penggandaan bersisipan ialah “tali-temali” dan “jari-jemari”. Contoh
penggandaan berentak pengulangan konsonan ialah “suku-sakat” dan “bolak-balik”.
3 Yang manakah pasangan kata yang kedua-duanya kata majmuk?
3 Yang manakah pasangan kata yang kedua-duanya kata majmuk?
I Bukit-bukau, berperibadi
II
Berprasangka, berurus niaga
III
Berbulan madu, berkecil hati
IV Bertanggungjawab, berpenat lelah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Analisis soalan dan jawapan:
Analisis soalan dan jawapan:
·
Soalan meminta pelajar untuk memilih
pasangan kata yang kedua-duanya kata majmuk. Oleh itu, calon perlu mengetahui
bentuk kata iaitu kata majmuk dengan contohnya. Jawapannya D kerana kedua-dua
perkataan dalam III dan IV merupakan kata majmuk iaitu “berbulan madu” dan
“berkecil hati” serta “bertanggungjawab” dan “berpenat lelah”. Jawapan I dan II
salah kerana perkataan “berbukit-bukau” ialah kata ganda dan “berprasangka”
ialah kata berimbuhan pra-.
1 comment:
Salam cikgu, mengapakah perkataan remeh-temeh dikategorikan dalam kata ganda berentak bebas? Bukankah ada unsur vokal dan konsonan dalam perkataan tersebut. Terima kasih cikgu
Post a Comment