Pengikut laman ini

Saturday, March 17, 2012

PENCAPAIAN STPM SMKBBST 2011

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua calon STPM SMKBBST tahun 2011 kerana telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang (96.4%) dalam peperiksaan STPM yang diumumkan pada hari Rabu lepas.  Tahniah juga kepada 1 orang murid cemerlang yang telah memperoleh 3 Prinsipal A dan 1 Prinsipal B+ iaitu Rosafiza Zakaria. Anda telah berjaya membuktikan bahawa anda berupaya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang jika ada kesungguhan dan usaha gigih tanpa mengenal putus asa. Saya bersyukur kerana pencapaian yang telah ditunjukkan oleh semua calon STPM 2011 ini telah mengharumkan nama sekolah dan daerah Sepang. Semua guru dan pentadbir berasa bangga atas kejayaan anda semua dan berazam untuk meneruskan usaha bagai meningkatkan kecemerlangan STPM pada tahun ini. Kejayaan anda juga akan menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada calon-calon STPM tahun ini.
Sekalung tahniah kepada 7 orang murid yang telah mendapat Prinsipal A (Rosafiza Zakaria, Muhammad Fakhrurazy Abd. Majid, Raja Muhammad Hanafi Raja Iskandar, Fatin Amira Mohd Nor, Nurul Atiqah Habidin, Nurul Farhana Zainor, dan Nurul Natasha Shaharuddin) dan 4 orang lagi mendapat Prinsipal A- (Thiparani Thangaraju,  Nur Edleen Ezzaty Mat Zaki, Nur Suliana Samsudin, dan Siti Fatimah Mohd Zainal Abidin) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Peningkatan ini merupakan pencapaian yang paling baik berbanding dengan 2 orang sahaja pelajar yang mendapat Prinsipal A dan 3 orang pelajar memperoleh A- pada tahun 2010.
Tahun 2012 juga menunjukkan bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu mencapai 88.9% lulus berbanding dengan 75.6% tahun 2010. Hal ini bermakna, seorang murid sahaja gagal dan dua orang lagi Lulus Sebahagian. Usaha anda selama ini akhirnya membuahkan hasil yang amat membanggakan semua warga SMKBBST. Anda telah membuktikan bahawa anda memang layak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Karangan beberapa orang pelajar yang telah saya paparkan dalam blog ini telah mendapat Prinsipal A dan B+. Nurul Nastasha dan Raja Muhammad Hanafi telah memperoleh Prinsipal A dan Munirah Ali Mohamed mendapat Prinsipal B+.
Tahniah juga saya ucapkan kepada 14 orang pelajar yang mendapat 4 Prinsipal dalam 4 mata pelajaran. Impian anda sebelum ini akhirnya benar-benar menjadi kenyataan. Saya ingin menasihatkan pelajar agar meneruskan azam dan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang semasa berada di universiti nanti. Jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan kepada anda ini.
Bersyukurlah dengan kejayaan yang telah anda peroleh ini dan jadikannya sebagai titik permulaan untuk mencapai kejayaan yang seterusnya. Semua guru dan ibu bapa anda juga semestinya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Saya mendoakan pelajar-pelajar yang mendapat CGPA 2.5 ke atas juga akan memperoleh tawaran daripada universiti tempatan. Insya-Allah, semoga semua yang lulus akan mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian sama ada IPTA atau IPTS di negara kita ini.

Keputusan STPM SMKBBST 2011

Jumlah Calon - 28 orang

Peratus lulus (sekurang-kurangnya lulus 1 mata pelajaran) - 27 orang (96.4%)

Lulus 4 Prinsipal - 14 orang (51.9%)
Lulus 3 Prinsipal – 7 orang (25.9%)
Lulus 2 Prinsipal – 4 orang (14.8%)
Lulus 1 Prinsipal – 2 orang (7.4%)
Gagal semua         - 1 orang (3.7%)

CGPA 3.0 ke atas - 9 orang
CGPA 2.5 - 2.9 - 6 orang
CGPA 2.0 - 2.4 - 8 orang

Jumlah 2.0 ke atas - 23 orang

Kurang daripada 2.0 - 4 orang

ANALISIS KEPUTUSAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SMKBBST STPM 2011

Jumlah Pelajar = 27 orang


Prinsipal
Kertas 1
Kertas 2
Keseluruhan
A
12 (44.4%)
7 (25.9%)
7 (25.9%)
A-
5 (18.5%)
1 (3.7%)
4 (14.8%)
B+
1 (3.7%)
3 (11.1%)
1 (3.7%)
B
3 (11.1%)
2 (7.4%)
3 (11.1%)
B-
0 (0.0%)
4 (14.8%)
3 (11.1%)
C+
3 (11.1%)
0 (0.0%)
4 (14.8%)
C
1 (3.7%)
3 (11.1%)
2 (7.4%)
Jumlah/Peratus Mendapat Prinsipal
25 (92.6%)
20 (74.1%)
24 (88.9%)
C-
1 (3.7%)
7 (25.9%)
2 (7.4%)
D+
0 (0.0%)
0 (0.0%)
0 (0.0%)
D
0 (0.0%)
0 (0.0%)
0 (0.0%)
Jumlah Lulus Sebahagian
1 (3.7%)
7 (25.9%)
2 (7.4%)
F
1 (3.7%)
7 (25.9%)
1 (3.7%)

Jumlah Pelajar
27
27
27


Gred Purata  =  2.95

7 comments:

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM CIKGU SAYA INGIN BERTANYA PENDAPAT CIKGU.. ADIK SAYA MENDAPAT 1B(BM) 3 C+(EKO,PA,PP) DALAM STPM BARU NI.BELIAU AMAT BERMINAT UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN KOS PENDIDIKAN.JADI LAYAK KAH DIA UNTUK MEMOHON KOS PENDIDIKAN?ATAU PERLU AMBIL SEMULA SUBJEK YANG DAPAT C+...SAYA AMAT BERHARAP BANTUAN CIKGU KERANA TAHUN NI ADALAH TAHUN TERAKHIR UNTUK STPM KAEDAH LAMA.

Cikgu Mohd Khir Kassim said...

Waalaikumussalam. Kalau dapat 1B dan 3C+ bermakna CGPA atau ponternya cuma 2.49. Pointer ini agak rendah dan sukar untuk mendapat tempat di universiti awam. Walau bagaimanapun cubalah ajukan permohonan, mana tahu kalau ada nasib. Setahu saya UPSI pun menetapkan syarat CGPA 3.5 ke atas. Kalau 3.0 ke ataspun boleh juga kalau nak cuba, tapi kalau 2.49 saya rasa elok diambil semula yang dapat C+ itu pada tahun ini. Cuba dapatkan sekurang-kurangnya 4 Prinsipal B atau 2A, 2B ke atas, untuk memudahkan kemasukan ke universiti.

Anonymous said...

salam cikgu sy nk tnya ada tak org yang dpt pointer 2.4 msuk ke universiti?

Cikgu Mohd Khir Kassim said...

Salam, setahu saya pernah juga pelajar yang dapat pointer 2.4 diterima masuk ke universiti. Contohnya, pelajar sekolah saya diterima oleh Universiti Malaysia Perlis pada tahun 2008.

Anonymous said...

pointer saya cuma 2.9 jer...layak ker saya masuk ke universiti??BM saya mendapat C-...

Anonymous said...

assalamualaikum..saya cikgu norsuhaida ismail (daerah kuala selangor). saya ingin memohon jasa baik cikgu untuk menyampaikan bengkel teknik menjawab stpm bagi pelajar ting6 (2012 sistem lama)daerah kuala selangor. jika cikgu sudi membantu kami, harap cikgu dapat berikan saya no tel cikgu melalui emel saya iaitu aida9397@gmail.com. nanti saya akan buat tindakan susulan khusunya dari segi formaliti.kami sangat mengharapkan bantuan cikgu demi anak didik stpm.. terima kasih.

Ceritaku Ceritamu 'Manakan Sama' said...

salam cikgu sekarang ni anak baru dapat keputusan sem 2 stp keputusan 2.5. semuanya 4p tapi agak rendah A ada satu B ada satu...C ada 2 dan satu D....
camana tu cik gu