Pengikut laman ini

Saturday, January 21, 2012

Novel Konserto Terakhir

Sinopsis/Ringkasan cerita

Hilmi berhijrah dari Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Dia menumpang tinggal di rumah sepupu bapanya iaitu Datuk Johari. Walau bagaimanapun, kehadiran Hilmi tidak disukai oleh Datin Salmah kerana Datin Salmah memandang hina terhadap orang kampung yang miskin seperti Hilmi. Datuk Johari menawarkan kerja kepada Hilmi iaitu sebagai tukang kebun di rumahnya. Kerajinan dan sifat artistik yang dimiliki oleh Hilmi telah mengubah lanskap di kawasan pekarangan rumah Datuk Johari hingga menjadi lebih cantik.

            Hayati, anak Datuk Johari pula tertarik oleh kebolehan Hilmi bermain piano.  Hubungan Hayati dengan Hilmi yang semakin rapat menyebabkan Datin Salmah bertekad untuk menghalau Hilmi dari rumahnya. Hilmi kemudiannya meninggalkan rumah Datuk Johari dan belajar bermain alat muzik daripada Encik Bakar. Seterusnya, Hilmi berjaya menjadi seorang pemain alat muzik dan penggubah lagu yang terkenal. Sebelum berangkat ke London dengan suaminya, Hayati datang berjumpa dengan Hilmi dan menyatakan perasaan cintanya kepada Hilmi.

            Orkestra Hilmi berjaya memenangi Festival Muzik di Jepun. Hilmi berkahwin dengan Azizah tetapi Azizah meninggalkannya selepas mendapat seorang anak. Hilmi terjatuh dan terlantar di hospital pada malam “Pertunjukan Orkes Perdana.” Ketika itu, Hayati pulang dan mengambil alih tugas Hilmi sebagai pemimpin orkestra pada malam “Pertunjukan Orkes Perdana”. Di hospital pula, Pak Karim memberitahu Datuk Johari bahawa Hilmi sebenarnya ialah anak Datuk Johari hasil perkahwinannya dengan isterinya yang pertama. Sebagai kesannya, Datuk Johari dan Datin Salmah insaf akan perbuatan mereka yang menyeksa Hilmi sebelum itu. Akhirnya, Datuk Johari meninggal dunia secara mengejut selepas menerima berita kematian Hilmi.

 Tema
Ketabahan seorang pemuda yang menghadapi cabaran dalam kehidupan hingga mencapai kejayaan yang cemerlang.

 Persoalan
i.   Sikap masyarakat yang mementingkan pangkat dan kedudukan sehingga sanggup menghina keluarga sendiri.
ii.  Keikhlasan dalam memberikan pertolongan tanpa memikirkan balasannya.
iii. Kesanggupan berkorban demi menjaga kepentingan pihak lain.
iv. Kejayaan dalam bidang seni dicapai tanpa memerlukan pendidikan tinggi.
v.  Keinsafan setelah melakukan sesuatu kesalahan.

Watak Utama
Hilmi
 Perwatakan Hilmi
i.   Pemuda kampung yang miskin dan berpendidikan sekolah Melayu hingga darjah empat sahaja.
ii.  Rajin bekerja dan mempunyai kemahiran artistik.
iii. Mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang muzik.
iv. Memiliki kegigihan dalam menghadapi dugaan.
v.  Bersikap penyayang, bersopan, dan akur kepada nasihat orang tua.
vi.  Taat kepada perintah Tuhan dengan menunaikan sembahyang.
vii.  Bijak memanfaatkan kekecewaan untuk mencipta kejayaan.
viii. Pencipta dan penggubah lagu yang terkenal.
ix.  Memenangi Festival Muzik di Tokyo dan pesta muzik tahunan RTM.
x.   Meninggal dunia tanpa mengetahui bahawa dia ialah anak kandung Datuk Johari.

Watak Sampingan
Hayati
i.   Anak Datuk Johari dan Datin Salmah.
ii.  Bersifat simpati dan belas kasihan kepada Hilmi.
iii. Gadis yang penyayang dan mencintai Hilmi.
iv. Sikapnya berubah selepas mencintai Hilmi, iaitu mulai sembahyang dan membaca buku-buku agama.
v. Berkahwin dengan Mohsin kerana taat akan perintah ibu bapanya.
vi. Suka berterus terang dan jujur.
vii. Menjadi penyelamat pada malam pertunjukan Orkes Perdana dengan menggantikan Hilmi sebagai peneraju orkestra itu.  

Binaan Plot
Peristiwa disusun secara tidak kronologi kerana ada teknik imbas kembali.
i.   Permulaan – Kehadiran Hilmi di rumah Datuk Johari dan Datin Salmah.
ii.  Perkembangan - Konflik berlaku antara Datin Salmah dengan Hilmi dan antara Azizah dengan Hilmi.
iii. Perumitan - Pembaca tertanya-tanya tentang perkara yang mungkin berlaku pada malam Pertunjukan Orkes Perdana kerana Hilmi sebagai teraju utama sedang terlantar di hospital.
iv. Kemuncak cerita – Pak Karim memberitahu Datuk Johari bahawa Hilmi ialah anak Datuk Johari.
v. Peleraian – Datuk Johari mati setelah beliau mendapat tahu bahawa Hilmi, anak kandungnya itu meninggal dunia di hospital.

Nilai
i. Kasih sayang - contohnya Hilmi sayang akan Hayati hingga dia berasa cemburu melihat Hayati berjalan dengan Mohsin.
ii. Simpati - contohnya, Hayati bersimpati kepada Hilmi yang tidak makan nasi kerana dilarang oleh Datin Salmah.
iii. Tolong-menolong - contohnya, Mamat menolong Hilmi dengan cara memperkenalkan Hilmi kepada Encik Bakar supaya Hilmi dapat mempalajari alat muzik.
iv. Gigih - contohnya, Hilmi gigih berusaha tanpa mengenal jemu hingga berjaya menjadi pemain muzik dan penggubah lagu yang terkenal.
v. Taat kepada ibu bapa contohnya, Hayati berkahwin dengan Mohsin kerana taat kepada ibu bapanya walaupun Hayati mencintai Hilmi.
vi. Insaf - contohnya, Datuk Johari dan Datin Salmah insaf akan perbuatan kejam mereka terhadap Hilmi selepas mengetahui bahawa Hilmi ialah anak Datuk Johari sendiri.
vii. Nasihat-menasihati - contohnya Pak Amat menasihati Hilmi supaya berusaha memajukan diri.
viii. Ikhlas - contohnya, Encik Bakar menolong Hilmi dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Pengajaran
i.  Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita.
ii. Kita janganlah mementingkan darjat dan pangkat hingga sanggup menghina orang lain.
iii. Kita perlulah menolong orang lain yang memerlukan pertolongan.
iv. Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
v. Kita janganlah mementingkan keseronokan hingga sanggup mengorbankan rumah tangga sendiri.
vi. Kita perlulah mematuhi nasihat orang yang berpengalaman kerana banyak manfaatnya.
vii. Kita haruslah sayang-menyayangi antara sesama insan.
viii. Kita janganlah terlalu gembira dengan kemewahan hidup hingga lupa akan kampung halaman sendiri.

14 comments:

nysa said...

Salam cikgu.nk tnya ckit paper julai 2012 nie adakah mengunakan novel konserto terakhir nie?tq

Cikgu Mohd Khir Kassim said...

Salam Faris, setahu saya Kertas Ulangan (Julai) menggunakan novel yang sama dengan Soalan November 2011. Novel Konserto Terakhir akan digunakan dalam SPM pada bulan November nanti.

Maisarah AK said...

Salam. nak tanya... spm bulan November nanti guna novel Konserto Terakhir & Papa ek?

Cikgu Mohd Khir Kassim said...

Ya, Konserto Terakhir akan digunakan dalam SPM November 2012.

Dibbha said...

CIkgu, mahu tanya, Paper jun 2012 akan mengunakan novel konserto terakhir? Terima kasih.

Photographics said...

Hi Cikgu, can I provide me your personal contact? I'm a producer for Astro Tutor TV program would like to engage with you with our project. My email is recommunity03@gmail.com, thanks

Anonymous said...

hi cikgu,,nak tanye nie,,ape gaya bahasa untuk keseluruhan dalam novel nie?
terima kasih untuk maklumat2 dan isi di atas,,

Unknown said...

Cerita ni sangat menyeronokkan.

Anonymous said...

yo

Anonymous said...

As salam . Saya dapati ringkasan novel ini berbeza sedikit daripada novel konserto terakhir yang baru saya dapat . Datuk Johari tak meninggal dalam novel saya ini dan covernya juga berbeza .hmm . buntu .

Anonymous said...

tq it was great book

Anonymous said...

tq it was great book

Unknown said...

Datuk Johari meninggal selepas Hilmi meninggal. Akibat serangan jantung setelah dia mengetahui yang Hilmi itu anak kandung nya. Dan kalau cover buku untuk sekolah mmg lain.

Unknown said...

paper BM jun 2014 keluar lagi ke yang bertajuk konsetro terakhir.