Pengikut laman ini

Wednesday, September 28, 2011

Karangan STPM (Isu Laman Sosial)

Soalan Karangan Percubaan STPM Negeri Selangor 2011

Pada masa ini,  penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. 
     Jelaskan implikasi penggunaan laman sosial ini  terhadap masyarakat.

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat merupakan antara kelebihannya. Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini memberikan kesan terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia.
     Penggunaan laman sosial seperti “Facebook” yang meluas dalam kalangan masyarakat boleh menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita perceraian yang berlaku dalam akaun facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah mencemarkan keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain itu, implikasi seperti itu telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak bertanggungjawab dan mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan seseorang. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial akan menghakis semangat persaudaraan seerta mencemarkan kedaulatan negara sebagai negara yang disegani dan berintegriti.
            Kesan lain penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.
            Penggunaan laman sosial juga melahirkan masyarakat yang beku dan lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi kerja dan pelajaran dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini akan menyebabkan negara kita mengalami kebejatan idea untuk meningkatkan prestasi negara. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman sosial akan melahirkan tenaga kerja yang kurang berkualiti.
          Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian kerana, laman sosial seperti “Facebook” dan “My Space” diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black Metal”, “Punk”, “Gothic”, dan “Skin Head” akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat.
Penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar ekoran daripada kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat amat membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana penggunaanya semakin meluas. Penularan bahasa rojak ini akan menghakis keaslian dan nilai-nilai estetika bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa penggunaan teknologi ini boleh mencemarkan kedaulatan bahasa Melayu yang menyebabkan kita seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Kesimpulannya, penggunaan laman sosial melalui internet memberikan kesan terhadap corak kehidupan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Selain itu, masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak hidup dengan menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan yang baik dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda kelas pertama. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

Oleh; Raja Muhammad Hanafi b. Raja Iskandar
6A1 SMKBBST  
  

16 comments:

Mich said...

cikgu, jika tiada definisi konsep untuk term utama kehendak soalan seperti dalam konteks ini : laman sosial, layak ke pengenalan tersebut mendapat 3 markah ?

MiZz GmAh said...

BTOL3...kalau dia mntk kesan bagi kesan negatif saja bole ke???bkan kena bagi skala 3:2 ke?

azuha halim said...

cikgu, bukan ke kalau soalan minta implikasi kena bagi implikasi negatif dan positif? atau tengok isu yang ditimbulkan juga sama ada more to negative or positive so kita kena pilih satu?

hans gurls said...

ermm.bleh share kragan pemerdagangan manusia jga...

silencer said...

setahu sy kalau soalan krgan nie mtk kesan kena bg ngtf dan positif skali utk selamat...kalu bg ngtf je atau positf je mcm x lgkap pula..

sabarshukur said...

salam, Khir, akak ( sabarriah shukur sama dalam pemeriksa ptk dulu) sekarang ini sedang mencari dan mengumpulokan bahasa/kata slanga remaja. Jika ada, boleh tak emailkan kepada akak . Khir di mana sekarang? Terima kasih

Anonymous said...

jika soalan ini mau kesan baik dan kesan buruk?

Xiela said...

karangan cikgu sgt bagus dan baru kluar soalan nie tym exam kitorang td :) peace ^^

Caroll Lina said...

pagi ini kami mengambil contoh untuk membuat karangan menggunakan cnth krgn ini. Terima Kasih Cikgu Mohd Khir Kassim :)

Caroll Lina said...

Cikgu, mcm mne klau kita ingin msukkan isi2 pnting didlm 1 isi itu ada 2 isi?? blehh??

AdIb DoRA's blog said...

bagus karangan ini. tentang rasuah ada?

Anonymous said...

Cikgu!! Kalau soalan minta pasal kesan dan saya hanya tulis 6 isi kesan negatif shj,salah tak atau ada pemotongan markah tak?

Cik Bunga said...

Awak. Saya nak tanya. Awk stpm ye tahun 2012. Jawapan ckgu ni menepati ke dengan soalan tadi?

Cik Bunga said...

Awk jwb stpm 2012 tadi ye. Awk jwb semua kesan ye. Saya pun sama. Takut salah :(

Farah Abd Halim said...

Ckgu sya kata tak boleh guna peribahasa..betul ke?

adicka putra said...

bagus2. .tapi macam ade yg kurang