Pengikut laman ini

Wednesday, September 29, 2010

Perkongsian Pintar dengan Pelajar-pelajar SMK. Pitas, Sabah

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Penolong Kanan Tingkatan 6, SMK. Pitas iaitu Cikgu Maklin Masiau yang telah sudi untuk menjemput saya ke Kota Kinabalu bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu STPM. Terima kasih juga kepada Cikgu Kamoi dan suaminya, Encik Vitalis yang sanggup menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada saya. Seterusnya, tahniah kepada Pengetua, Cikgu Maklin, dan guru-guru Tingkatan 6 yang telah berjaya menganjurkan Perkampungan Skor A STPM 2010 di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 24 – 26 September 2010.

Semasa di Kota Kinabalu juga saya telah bertemu dengan Cikgu Ong, rakan sekolah semasa di Tingkatan 6 di S.M. Seri Perak, Teluk Intan, yang juga menjadi seorang guru Pengajian Am di Sekolah Tinggi, Kota Kinabalu. Terima kasih kepada Cikgu Ong yang sanggup menjadi "pemandu pelancong" dan membawa saya ke beberapa tempat yang menarik di Kota Kinabalu.

Saya berasa kagum akan usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh guru-guru Tingkatan 6 terutamanya Cikgu Maklin Masiau untuk meningkatkan pencapaian pelajar-pelajarnya dalam peperiksaan STPM tahun ini. Mereka sanggup berkorban dari segi masa, tenaga, dan wang ringgit, semata-mata untuk kejayaan pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK. Pitas. Program ini merupakan satu suntikan semangat baharu yang akan meningkatkan motivasi para pelajar untuk mencapai kejayaan dalam STPM. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar yang telah memberikan kerjasama yang baik semasa sesi ceramah berlangsung pada petang Sabtu yang lepas walaupun berlarutan dari pukul 2.00 hingga pukul 5.00 petang. Latihan yang dihantar kepada saya tempoh hari akan saya kembalikan sedikit masa lagi.

Saya mendoakan semua pelajar SMK. Pitas akan mendapat kejayaan yang cemerlang terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga mata pelajaran yang lain. Perkara penting yang perlu anda lakukan sekarang adalah dengan membaiki kesilapan dan kelemahan serta tingkatkan bilangan latihan untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam STPM nanti.

Semoga berjaya.

5 comments:

MAKLIN MASIAU said...

Terima kasih juga kerana sudi datang membantu kami.

Cikgu Khir said...

Terima kasih kembali, Cikgu Maklin.

Semoga SMK. Pitas memperoleh keputusan yang cemerlang dalam STPM 2010.

juilis69 said...
This comment has been removed by the author.
juilis69 said...

Tahniah!

Terima kasih Cikgu Khir..

Saya yakin dengan bimbingan dan tunjuk ajar cikgu, pelajar Ting 6 dapat 'input' yang berguna dan seterusnya mendapat kelulusan yang cemerlang STPM 2010

Cikgu Mohd Khir Kassim said...

Terima kasih kembali, Cikgu Juilis, semoga keputusan peperiksaan sekolah cikgu juga lebih baik daripada tahun lepas.