Pengikut laman ini

Saturday, August 21, 2010

Teks Bahas Ala Parlimen (Menteri Kedua)

Soalan Contoh

Anda akan menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat daerah sebagai pasukan kerajaan. Usul perbahasan tersebut ialah “Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”.

Sebagai menteri kedua, sediakan teks perbahasan tersebut.

Rangka Karangan

Kata alu-aluan

Pendahuluan

- tolak pindaan usul oleh pembangkang – sokong definisi usul Perdana Menteri

Isi-isi Penting

i. bidasan terhadap pembangkang
ii. penguatkuasaan yang lemah
iii. wujudnya unsur rasuah

Penutup

- Pemantauan pihak berkuasa dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.


Teks Contoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu “Pemantauan Pihak Berkuasa Tidak Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”. Jadi saya memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu “Pemantauan Pihak Berkuasa Dapat Mencegah Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Murid Sekolah”.

Tuan Yang Dipertua,

Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan bahawa pemantauan yang kurang berkesan tidak dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,

Sebenarnya, pihak berkuasa mempunyai prosedur atau peraturan yang menjadi garis panduan untuk meluluskan tender kantin kepada pengusaha yang berjaya. Selepas itu, pihak berkuasa hendaklah memantau pengusaha-pengusaha kantin sekolah yang sedang menjalankan operasi itu dengan berkesan. Jadi, sepatutnya pihak berkuasa hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka itu dengan berkesan. Sekiranya mereka menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, sudah pasti masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah akan dapat diatasi. Mungkin ada segelintir pihak yang berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan tetapi bukan bermakna semua pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan yang berkesan. Jika berlaku juga sebahagian kecil pihak berkuasa yang tidak menjalankan pemantauan dengan berkesan, sudah pasti mereka juga akan dikenakan tindakan kerana kecuaian. Oleh itu, perkara pokoknya di sini ialah pihak berkuasa sepatutnya menjalankan pemantauan dengan berkesan untuk mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah iaitu, sebelum nasi menjadi bubur.

Tuan Yang Dipertua,

Pemantauan pihak berkuasa akan dapat mencegah masalah keracunan makanan dalam kalangan murid sekolah, jadi hujah saya yang pertama iaitu berpaksikan frasa, pemeriksaan berkala secara kerap. Selepas tender diberikan kepada pengusaha kantin, pihak berkuasa perlulah membuat pemeriksaan berkala secara kerap terhadap pengusaha kantin tersebut. Pihak berkuasa seperti pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran dan Kementerian Kesihatan perlulah membuat pemeriksaan secara mengejut untuk memastikan makanan yang disediakan benar-benar bersih dan selamat untuk dimakan oleh murid-murid. Sampel makanan pula perlulah diperiksa dan dibuat uji kaji di makmal untuk memastikan kebersihan dan keselamatannya. Selain itu, pekerja-pekerja yang terlibat untuk menyediakan makan perlulah mematuhi syarat-syarat atau garis panduan yang telah ditetapkan. Sekiranya langkah-langkah ini dijalankan, sudah pasti keracunan makan dalam kalangan murid sekolah tidak akan berlaku.

Tuan Yang Dipertua,

Sekiranya pemeriksaan berkala secara kerap dijalankan sudah pasti pihak pengusaha kantin akan mementingkan kebersihan dalam aspek penyediaan makanan. Oleh itu, pengusaha kantin perlulah memastikan tangan pekerja yang menyediakan makanan benar-benar bersih dan premis penyediaan makanan mereka bersih. Selain itu, tukang masak juga perlu memakai topi dan apron di samping memotong kuku mereka agar bersih. Sayur-sayuran atau bahan-bahan yang hendak dimasak perlulah dibersihkan dengan air yang secukupnya, di samping tidak mendedahkan makanan kepada lalat atau serangga yang lain. Jika langkah sediakan payung sebelum hujan ini diambil oleh pengusaha kantin, sudah tentulah masalah keracunan makanan dapat dielakkan daripada berlaku kepada murid-murid sekolah.

Tuan Yang Dipertua,

Hujah saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa, mengadakan kursus kepada pengusaha kantin. Pihak berkuasa perlulah mengadakan kursus yang berkaitan dengan aspek kebersihan dalam pengendalian makanan kepada pengusaha-pengusaha kantin sekolah. Melalui kursus tersebut, pengusaha kantin akan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh demi menjaga kebersihan makanan di kantin sekolah. Dengan perkataan lain, sudah tentu mereka akan diberikan pendedahan tentang cara-cara untuk menyediakan makanan yang bersih dan selamat kepada murid-murid sekolah. Pekerja-pekerja kantin itu juga didedahkan dengan aspek kebersihan dan kesihatan yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan. Selain itu, mereka perlu memakai pakaian yang sepatutnya dipakai semasa memasak makanan dan menjaga kebersihan seperti memastikan kuku mereka dipotong, membasuh tangan sebelum memegang makanan dan memakai penutup rambut. Oleh itu, masalah keracunan makanan dalam kalangan murid-murid sekolah akan dapat diatasi dengan efektif.

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih.

43 comments:

Anonymous said...

cikgu boleh x brikan contoh teks pembangkang ke3..email saya d nisakawai94@yahoo.com

Anonymous said...

cikgu boleh x postkan teks pembangkang ketiga kat sini...berharap sangat

Anonymous said...

Cikgu, boleh tak cikgu berikan contoh teks pembangkang yang lengkap. Kalau boleh saya ingin dapatkan teks pencadang juga dengan tajuk yang sama. Saya nak buat panduan.Ini email saya: rohaizza@gmail.com Terima kasih

kawanXx said...

cikgu, sy perlukan teks pembangkang ketiga. tolong e-mailkan ke staplerstrip@yahoo.com...

Anonymous said...

Assalamu'alaikum cikgu.boleh tak cikgu tolong berikan teks ketua pembangkant di bawah tajuk:
"penghayatan rukun negara mengukuhkan perpaduan negara"
boleh tak cikgu email kan kpd sy di alamat...
athir_dayem@yahoo.com
terima kasih cgu..

Anonymous said...

salam..cikgu.. sya kna mnjadi pencadang untuk tajuk " aktiviti kolej dan universiti membebankan pelajar'.. bleh x cikgu tlong saya bgi idea utk memantapkan hujah sya.. sya rasa usul yg saya dpt ni agk berat..tolong e-mail saya at syafiqahsabri@yahoo.com

Anonymous said...

selamat sejahtera cikgu.cigku boleh tak bagi teks ketua pembangkang atau pembangkang tentang sains dan teknologi puca gejala sosial
ini email saya : tharshini21@yahoo.com.sg
terima kasih cikgu..:)

Anonymous said...

cgu.. bole beri idea tentang isi kerajaan dan pembangkang tentang tajuk 1. pencapaian tinggi dalam akdemik menjamin mada depan yang cemerlang dan 2. slogan 1 malaysia dapat menigkatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat... email saya sumihuseng@yahoo.com ...tq cgu

Anonymous said...

ckgu bleh x tlg cth bg teks kerajaan dan pembangkang ke 2.
usul:undang-undang mampu menangani kes kemalangan jalan raya.
e-mail saya:tino_12_5@yahoo.com
terima kasih...

Anonymous said...

ckgu boleh tak tolong email kn saya teks bahas untuk menteri kedua mengenai keluarga penyumbang utama melahirkbn pelajar cemerlang...tlng yep ckgu..jasamu ttp ku knang...

aida hashim said...

salam . ckgu , blh x saye na teks contoh penggulungan untk debat ala parlimen ? susa sgat2 na cari . terima kasih .

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu boleh tak bagi saya contoh teks menteri/pembangkang ketiga dan penggulungan
haziq.arsenal@yahoo.com
-terima-kasih

Anonymous said...

thanks cikgu..really helpful..

Anonymous said...

ringBoleh tk cikgu bagi contoh teks bahas tajuk "Media Sosial Mampu Menyemai Nilai-Nilai Kemanusiaan"
Kalua cikgu rajin, cikgu emel pd saya.Saya baru nk bljr bahas ni.
email:syiqin_budaksempoi@yahoo.com

Anonymous said...

Boleh tk cikgu bagi contoh teks bahas tajuk "Media Sosial Mampu Menyemai Nilai-Nilai Kemanusiaan"
Kalua cikgu rajin, cikgu emel pd saya.Saya baru nk bljr bahas ni.
email:syiqin_budaksempoi@yahoo.com

Anonymous said...

Salam, saya sebagai pencadang. Cikgu boleh tak beri contoh teks "Belajar Secara Berkumpulan Lebih Baik Daripada Secara Individu". Kalau Cikgu boleh buatkan tolong emailkan ke azimbnashir@yahoo.com ... Terima Kasih

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu. saya ada pertandingan debat di sekolah nanti. saya sememangnya tak arif tentang perdebatan ni. boleh tak cikgu tolong saya dalam nak buat teks tu. saya jadi menteri kedua. tajuk nya, pelancongan membantu pembangunan negara. kalau boleh, emailkan kepada saya kat lolipopish_mind1112@yahoo.com dalam masa terdekat. terima kasih ;)

Anonymous said...

salam. cikgu, saya ni baru cuba masuk prtandingan bahas di sekolah. cikgu, boleh x cikgu bagi contoh teks kerajaan untuk perdana menteri,timbalan,menteri ke 3 dan pnggulungan untuk tajuk kecemerlangan akademik menjamin kesejahteraan hidup.saya tahu tajuk ni mungkin mudah tetapi saya masih tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan usul
>mohon jasa baik cikgu secepatnya ni email saya jadejazz99@yahoo.com.my

Unknown said...

salam sejahtera cikgu,sy nak minta tlg cikgu buat teks bahas tajuknya 'MEDIA SOSIAL MAMPU MENYEMAI NILAI NILAI KEMANUSIAAN' untuk menteri kedua , cikgu boleh tolong emailkan tk? - michelleeneng@yahoo.com

Maherian said...

agak lucu disitu sbb menteri/pembangkang ke 3 tiada teks kerana mereka perlu bercakap spontan

Anonymous said...

salam cigu, boleh berikan contoh teks teknologi maklumat membentuk masyarakat berilmu? terima kasih. email saya amierul100@gmail.com

Anonymous said...

cikgu,,,boleh tolong berikan teks pencadang yang bertajuk CUTI SEKOLAH YANG SINGKAT LEBIH BAIK DARIPADA CUTI PANJANG untuk p.menteri,t.p.menteri dan menteri kabinet. Harap e-mailkan ke aaishah70@yahoo.com .
Harap dibantu

Anonymous said...

cikgu boleh x berikan teks kesemua pembahas ala parlimen di bawah tajuk 'KEHIDUPAN DI BERASRAMA PENUH LEBIH BAIK DARI SEKOLAH HARIAN'.kalau x dapat semua ,teks perdana menteri pun jadiklah.tolong emelkan ke nas.kamarudin@yahoo.co.uk. terima kasih banyak-banyak

Anonymous said...

Salam cikgu,boleh tolong berikan contoh teks menteri kedua untuk tajuk bahasa melayu semakin dipinggirkan..e-melkan ke irdhina.aishah@gmail.com

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu . boleh tak cikgu bagi teks pembangkang yang lengkap tentang " 1 murid 1 sukan tidak mampu meningkatkan utu sukan negara "
ini email saya , hana_kfc@yahoo.com
terima kasih cikgu !

Anonymous said...

salam cikgu.. boleh cikgu berikan contoh teks ketua pembangkang.. email saya sakitlar98@gmail.com

Anonymous said...

aSSALAMUALAIKUM cikgu boleh x berikan teks kesemua pembahas ala parlimen di bawah tajuk 'PENCAPAIAN TINGGI DALAM AKDEMIK MENJAMIN MASA DEPAN YANG CEMERLANG'.kalau x dapat semua ,teks perdana menteri pun jadiklah.tolong emelkan ke colourrainbow24@yahoo.com. terima kasih banyak-banyak SEMOGA CIKGU DAPAT MEMBANTU

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu, boleh tak tolong hantarkan teks menteri kedua yang bertajuk 'Pemotongan Rambut Ala Tentera Kepada Murid Lelaki'.Boleh tak cikgu?Saya sangat memerlukannya.Saya akan menyertai pertandingan bahas ala parlimen tidak lama lagi.Kalau boleh tolong hantarkan di email saya iaitu emily_roselle@yahoo.com .Tolongla ya cikgu. Terima kasih :)

Anonymous said...

Assalamualaikum. Cikgu, saya ingin minta tolong. Saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan ayat untuk mencelah dalam perbahasan. Jika cikgu sudi membantu sye.. cikgu boleh emailkan teks tersebut ke alamat ini, pino_chio_15@yahii.com
Harap cikgu boleh membantu saya. Terima kasih cikgu..

Anonymous said...

Assalamualaikum. Cikgu, saya ingin minta tolong. Saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan ayat untuk mencelah dalam perbahasan. Jika cikgu sudi membantu sye.. cikgu boleh emailkan teks tersebut ke alamat ini, pino_chio_15@yahoo.com
Harap cikgu boleh membantu saya. Terima kasih cikgu..

Anonymous said...

Cikgu boleh x bagi contoh lengkap pembahasan yg bertajuk *rambut ala2 tentera mendisiplin kan murid*

Anonymous said...

cikgu boleh x postkan contoh teks menteri ke 2

Anonymous said...

Cikgu saya minta cikgu emelkan teks bahas untuk menteri kedua. Usulnya 'sains dan teknologi mampu menyelamatkan alam sekitar' cikgu boleh emelkan ke faizabu79@gmail.com

Anonymous said...

Kalau tak keberatan :/ berikan saya teks pembahas dan pembangkang yang lengkap sebab saya baru nak ceburi debate . email saya ; Nanisa814@gmail.com . berharap sangat ni :/ terima kasih

Unknown said...

cikgu kami dapat tajuk teknologi hijau jawapan kpd alam sekitar boleh cikgu tlg kami dapatkn keburukan teknolog hijau

Anonymous said...

salam cikgu boleh tak sy dapatkan cntoh teks kerajaan persekutuan tonggak pembangunan negara..
harap cikgu dapat membantu sy .. email kn di nurrulshahira123@gmail.com .. ini tugasan sy di kolej matrikulasi .. harap cikgu sudi membantu sy bagi memudahkan tugasan sy .. segala usaha ckg sy ucpkan ribuan terima kasih..

muhamad amin said...

salam cikgu...boleh cikgu tolong bagi contoh teks menteri kedua n pmbangkangn kedua tentang tajuk"KECEMERLANGAN AKADEMIK MENJAMIN MASA DEPAN"

Unknown said...

Apa pendapat atau tips cikgu, tentang usul wanita masih diskriminasi. Mohon penjelasan. Terima kasih cikgu.
Boleh email saya di ainatul.fatimah2000@gmail.com

Unknown said...

Nak jugak

Iki Husna said...

assalamualaikum, cikgu tolong buatkan teks pihak kerajaan di bawah tajuk
pengurusan alam sekitar perlu diswastakan
ikihusnanoh@gmail.com

Unknown said...

Cikgu boleh tak tolong buatkan teks perbahasan untuk menteri kedua tentang ppsmi

Hana28 said...

assalamualaikum cikgu,boleh tak cikgu beri pandangan cikgu apa yang sepatutnya timbalan pembangkang bangkitkan untuk menolak usul dewan ini akan mengembalikan 1Malaysia?
ini email saya starrymeryl@gmail.com terima kasih cikgu.

Unknown said...

assalamualaikum cg. saya nkminta izin cg untuk saya ambil serba sikit contoh teks ni cg. Terima Kasih cg. Moga cg sihat selalu Amin