Pengikut laman ini

Wednesday, October 14, 2009

Buku Karangan SPM Terbaharu


Buku terbaharu yang saya tulis, Karangan Gred A SPM sudah berada di pasaran mulai 13 Oktober 2009. Buku tersebut ialah buku karangan SPM edisi kemas kini yang saya tulis bersama-sama dengan penulis asalnya iaitu Cikgu Marzukhi Nyak Abdullah. Buku ini memuatkan 132 model karangan terpilih di samping soalan-soalan latihan karangan berdasarkan trend soalan terkini.

Buku ini turut memuatkan 23 karangan contoh berdasarkan tema karangan daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Selain itu, buku ini juga memuatkan karangan contoh tentang karangan dimensi/Isu Antarabangsa dan juga karangan berformat perbahasan ala parlimen. Di samping itu, buku ini juga membincangkan teknik penulisan karangan iaitu Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan dan juga Karangan Respons Terbuka untuk dijadikan panduan oleh calon-calon SPM. Rangka karangan dan karangan contoh yang lengkap berdasarkan soalan contoh yang dipaparkan dalam blog ini sebelum ini juga boleh didapati daripada buku ini.

Oleh Cikgu Mohd Khir Kassim

3 comments:

Ghazali Lateh said...

Tahniah atas penerbitan buku terbaru.

Mohd Khir Kassim said...

Terima kasih. Dr. Gahazali pun apa kurangnya, lebih banyak buku baharu yang diterbitkan.

zita ita said...

MCM MANA SAYA NK BELI BUKU NI