Pelajar Tingkatan 6
Penggal 2 yang akan menyambung persekolahan pada 2 Januari 2013 nanti perlu menyempurnakan PBS
ini dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru. Pelajar perlu menulis
kesemua esei berformat itu di dalam kelas selepas guru membincangkan formatnya. Esei berformat itu akan disemak dan dinilai oleh guru dan markahnya akan
dihantar kepada pihak MPM melalui talian internet. Format karangan yang
dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.
1.
Laporan
2.
Syarahan
3.
Ceramah
4.
Teks
Ucapan
5.
Memorandum
6.
Minit
Mesyuarat
7.
Kertas
Cadangan
8.
Surat
Kiriman Rasmi
Kertas Penulisan Esei Berformat STPM 910/4 (Penggal 2)
1 Penulisan esei berformat (910/4) ini merupakan satu
daripada dua kerja kursus yang wajib dilaksanakan oleh para pelajar. (Satu
kerja kursus lagi ialah penulisan esei ilmiah dalam Penggal 3.)
2 Kegagalan
pelajar menghantar esei berformat ini pada tarikh yang ditetapkan akan
menyebabkan pelajar gagal dalam Kertas
910 Bahasa Melayu.
3 Dalam
konteks penulisan esei berformat,
kerja kursus ini perlu dilaksanakan oleh para pelajar semasa mereka berada di Penggal 2.
4 Kerja
kursus ini perlu dilaksanakan secara individu
(bukan secara berkumpulan seperti penulisan esei ilmiah) berdasarkan tajuk
soalan yang diberikan oleh guru.
5
Pelajar
dikehendaki untuk menulis kesemua esei berformat ini dalam waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) Bahasa Melayu.
6 Kelapan-lapan
esei itu akan disemak dan dinilai oleh guru dalam Penilaian Berasaskan Sekolah. Markahnya akan dihantar kepada pihak
MPM supaya dapat dijumlahkan dengan markah peperiksaan berpusat yang
dikendalikan oleh MPM bagi menentukan gred mata pelajaran dan Purata Nilai Gred
Keseluruhan.
7 Dalam
peperiksaan STPM baharu, penulisan esei berformat ini dikemukakan sebagai Kertas 4 dengan kod kertasnya ialah 910/4.
8 Pelajar
akan diminta supaya menulis setiap esei berformat yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan, kecuali surat
kiriman rasmi yang menghendaki pelajar menulis esei tersebut tidak kurang daripada 250 patah perkataan.
9 25 markah diperuntukkan untuk setiap
esei berformat itu.
10 Tujuan penilaian esei
berformat ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pelajar dapat:
(a) menulis esei mengikut bentuk
format yang dikehendaki;
(b) mengembangkan isi secara tersusun,
padat, dan meyakinkan supaya terhasil sebuah wacana yang utuh;
(c) menghasilkan esei yang isinya
menepati tajuk dengan menggunakan bahasa yang lancar dan berkesan.
Strategi untuk Menulis Esei Berformat
1
Fahami arahan dan kehendak soalan
dengan sebaik-baiknya.
2 Baca soalan esei yang dikemukakan dengan
teliti, kemudian kenal pasti isu dan format soalan itu.
3 Setiap isi perlu dihuraikan dengan
baik. Calon-calon tidak sepatutnya menghadapi masalah untuk mematuhi apa-apa
format pun yang dikehendaki dalam soalan kerana guru akan memberikan pendedahan
dan bimbingan kepada mereka.
4
Sediakan
lima hingga enam isi bagi setiap
soalan esei berformat.
5 Sekiranya
calon mampu untuk menghuraikan setiap isi
dengan mendalam, empat isi dikira sudah mencukupi kerana panjangnya esei itu
kelak pasti akan mencapai 600 hingga 650 patah perkataan.
6 Bagi
calon yang lemah dalam pengolahan setiap isi, empat isi tidak mencukupi kerana
dibimbangi bahawa panjangnya esei itu kelak tidak akan mencapai jumlah 600
patah perkataan.
7
Oleh
itu, calon harus menambah satu isi
lagi untuk memanjangkan karangan.
8 Selepas selesai menulis esei,
semaklah kerelevanan setiap isi
dengan isu yang dikehendaki dalam soalan. Semak setiap perkataan dan ejaannya
serta penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai. Pastikan tidak ada kesalahan tatabahasa dalam
esei yang ditulis.
Kriteria Penilaian
1 Penulisan
esei berformat dinilai berdasarkan beberapa aspek, iaitu aspek kerelevanan, pengolahan, dan bahasa iaitu
sama seperti karangan tidak berformat, cuma bezanya dari segi format dan jumlah
markah sahaja.
2 Penilaian
dari segi kerelevanan ini melibatkan
bahagian pendahuluan, isi, dan penutup. Hal ini bermaksud bahawa pendahuluan, isi, dan penutup
karangan yang ditulis haruslah relevan
dengan tajuk yang diberikan.
3 Penilaian dari aspek pengolahan pula melibatkan keupayaan
calon mengolah esei berdasarkan:
(a) kesepaduan esei; dan
(b) binaan karangan.
4 Dari segi kesepaduan esei, (kohesi dan koheren) aspek yang akan dikenal pasti
ialah:
(a) jalinan isi dengan huraian;
(b) jalinan isi dengan isi;
(c) jalinan perenggan dengan
perenggan; dan
(d) jalinan ayat dengan ayat.
5 Dari
segi binaan karangan pula, penilaian
akan dibuat mengikut binaan penulisan esei, iaitu pendahuluan, isi, dan penutup.
6 Penilaian dari segi bahasa dibuat berdasarkan penggunaan:
i.
diksi/pemilihan kata – melibatkan penggunaan kata umum, istilah, dan peribahasa,
ii. tatabahasa – melibatkan penggunaan sintaksis (frasa dan ayat) dan morfologi (imbuhan, kata ganda, dan
kata majmuk), dan
iii.
mekanis – melibatkan aspek ejaan dan
tanda baca.
7 Bagi dua esei
berformat yang baharu iaitu kertas
cadangan dan minit mesyuarat,
kriteria penilaiannya agak berbeza sedikit dan calon-calon perlu mendapatkan panduan
itu daripada portal MPM. Pihak MPM telah memuat naik panduan tersebut pada 19
Disember 2012 yang lalu.
salam cikgu, dtg lah sekolah sy bg ceramah tntang pnulisan esei pbs. kami mash lemah dn xnmpk cra yg btl
ReplyDeleteSemua guru Bahasa Melayu Tingkatan 6 sudah didedahkan dengan format penulisan esei berformat yang betul mengikut panduan dan arahan MPM pada awal Januari 2013. Jadi sepatutnya tiada masalah.
ReplyDeleteassalamualaikum w.b.t cikgu,sy nk tye tentng tajuk dan soalan kerja khusus bahasa melayu stpm 2013 bg calon persendirian,mgikut MPM soalan tlh dimuat trun dlm portal tp sy xjumpa la tajuk dia,
ReplyDeleteWaalaikumussalam Nureen Qarlisya. Sila dapatkan soalan PBS 910/4 - Cari dalam manual calon swasta.
ReplyDelete