Laporan tentang
Punca-punca Masalah Pencemaran Bahasa dalam Kalangan Masyarakat
dan Usaha-usaha untuk
Menanganinya
1.0 Pendahuluan
Masyarakat kita sering dicemari oleh pelbagai budaya negatif. Hal ini termasuklah juga pencemaran bahasa yang
semakin membimbangkan masyarakat. Pencemaran bahasa itu banyak dilakukan dalam
pertuturan seharian, tulisan, dan penggunaannya dalam media massa seperti
radio, televisyen dan iklan. Masalah ini telah memberikan impak negatif kepada
negara. Oleh itu, suatu kajian telah dilakukan oleh Kelab Pencinta Bahasa untuk
mengenal pasti punca-punca terjadinya fenomena ini dan usaha-usaha untuk
menanganinya. Yang berikut ialah laporan hasil kajian tersebut.
2.0 Senarai Ahli
Jawatankuasa
Pengerusi : Datuk Dr. Muhammad Ali bin Abu
Naib
Pengerusi : Datuk Haji Muskamal bin Mustafa
Setiausaha :
Cik Sandra Park
Bendahari : Dr. Jannah binti Bahar
Ahli
Jawatankuasa
1)
Dr. Amir bin Hatin Ali
2)
Tuan Haji Shazwan bin Jamaludin
3)
Puan Shahanem binti Suratman
3.0 Punca-punca Masalah Pencemaran
Bahasa
3.1 Kurang Pengetahuan tentang Peraturan
Bahasa Melayu
Berdasarkan kajian, didapati bahawa
jumlah individu yang kurang pengetahuan tentang peraturan bahasa Melayu adalah
sangat tinggi. Hal ini demikian kerana sejak kecil lagi, individu-individu
berkenaan tidak didedahkan dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Sebagai
contohnya, mereka sentiasa didedahkan dengan penggunaan dialek negeri semasa
berada di rumah. Hal ini dapat dibuktikan melalui tinjauan di negeri-negeri di
Pantai Timur yang kebanyakan penduduknya lebih selesa bertutur dengan
menggunakan dialek negeri masing-masing.
3.2
Pengaruh Rakan Sebaya
Kajian juga mendapati bahawa
pencemaran bahasa berlaku disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Pencemaran
bahasa yang dimaksudkan ini bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan “bahasa
rojak” tetapi juga bahasa yang kurang sopan yang menjadi trend pada masa ini
dalam kalangan remaja khususnya pelajar sekolah. Perkara ini tidak sukar
dielakkan kerana pada usia remaja, mereka mudah terpengaruh dengan
perkara-perkara atau fenomena baharu yang berlaku di dalam dunia tanpa sempadan
ini. Perkara ini tentunya amat membimbangkan masyarakat umumnya.
4.0 Usaha-usaha untuk Menanganinya
4.1 Penggunaan Bahasa Melayu yang
Betul oleh Media Massa
Penggunaan bahasa Melayu yang betul
oleh media massa, contohnya televisyen, radio, internet, dan sebagainya mampu
untuk membantu masyarakat menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Hal ini demikian
kerana media massa merupakan medium yang paling hampir dan mempunyai pengaruh
yang besar terhadap masyarakat. Oleh itu, pencemaran bahasa dapat ditangani
dengan adanya kerjasama antara pihak media dengan pihak yang bertanggungjawab
dalam menyelaraskan bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
4.2 Peranan Sistem Pendidikan atau Sekolah
Untuk menangani masalah ini, kerajaan haruslah memperluas penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam aspek
pendidikan. Hal ini demikian kerana melalui aspek pendidikan, pengetahuan
tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat disemai dalam diri individu
sejak mereka di bangku sekolah lagi. Hal ini seterusnya akan memberikan impak positif dalam
diri individu terbabit apabila individu itu meningkat dewasa kelak. Penggunaan
bahasa Melayu yang betul dan sebati dalam diri individu dapat mengurangkan
pencemaran bahasa pada masa akan datang.
4.3
Menanam Nilai Patriotisme tentang Bahasa Melayu dalam Diri
Usaha lain yang boleh dilakukan untuk
menangani masalah ini adalah dengan menanam nilai patriotisme dalam diri
individu. Nilai yang dimaksudkan tersebut ialah rasa cinta kepada bahasa,
bangsa, dan negara kita. Nilai ini boleh dilestarikan melalui kempen-kempen
yang dianjurkan oleh pihak kerajaan seperti kempen “Budi Bahasa Budaya Kita”.
Pihak berkuasa boleh memberikan motivasi kepada masyarakat dengan mengambil
negara Jepun sebagai contoh. Orang Jepun tetap menggunakan bahasa ibunda mereka
walaupun negara mereka maju. Mereka amat bangga dengan bahasa ibunda mereka.
Impaknya, jika perkara yang sama berlaku di negara kita, pastinya masalah pencemaran
bahasa dalam kalangan masyarakat dapat ditangani dengan cepat dan berkesan.
5.0 Penutup
Kajian ini telah mengenal pasti
beberapa punca berlakunya masalah pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat.
Punca-punca ini telah dikaji dan dianalisis dengan mendalam. Oleh itu, beberapa usaha telah
dicadangkan untuk menangani fenomena negatif yang semakin berleluasa ini. Hal
ini penting kerana jika masalah ini dapat ditangani, misi negara untuk menjadikan
bahasa kita sebagai bahasa yang penting di peringkat antarabangsa, khususnya
dalam bidang pendidikan dan perniagaan akan menjadi kenyataan. Perkara ini
seterusnya akan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Laporan
disediakan oleh, 16 Januari 2013
Sandra
(SANDRA
PARK)
Setiausaha
Kelab
Pencinta Bahasa Daerah Sepang,
Selangor
Darul Ehsan.
cikgu saya dah tanda kertas esei laporan ni. saya dpt 22/25. adakah markah tersebut memuaskan?1
ReplyDeleteMarkah 22/25 sudah cukup baik kerana anda tidak perlu menulis esei itu semula. Kalau markah anda kurang daripada 20, anda dibenarkan untuk menulis esei itu semula.
ReplyDeleteassalam cg saya ingin meminta keizinan untuk 'copy paste' karangan2 dan nota2 yang terdapat dalam laman blog cg ni .. tq cg :)
ReplyDeleteassalammualaikum...cikgu saya minta izin untuk copy paste karangan yang ada dalam blog ni. Minta halal ya #eseiberformatlaporan
ReplyDeletecikgu boleh tak tulis tajuk tanpa mula dengan 'laporan tentang'.kalau buat tajuk tanpa 'laporan tentang betul tak(HARAP MAAF JIKA ADA KESALAHAN BAHASA)
ReplyDelete