Pages

Tuesday, January 12, 2010

Karangan SPM - Kepentingan Menguasai Ilmu

Unit 2. Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, m.s. 23)
Soalan Contoh
Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu.
Huraikan kepentingan menguasaai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.
Rangka Karangan

Pendahuluan
- penguasaan ilmu penting – tuntutan zaman – banyak manfaat

Isi-Isi Penting
i. mencipta inovasi - kemudahan manusia
ii. menguasai bidang perniagaan – k-ekonomi
iii. memajukan negara – pemimpin berilmu
iv. melahirkan masyarakat yang proaktif

Penutup
- orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia


Karangan Contoh

Dalam era globalisasi, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting dan perlu diberikan perhatian utama. Hal ini dikatakan demikian kerana, tuntutan zaman telah membuktikan bahawa ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. Oleh itu, semua orang hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup seperti kata-kata hikmat, “Ilmu pelita hidup”. Jadi, semua orang khususnya para remaja perlu menggunakan masa ketika muda ini untuk mencari ilmu sebanyak mana yang mungkin. Dengan adanya ilmu, sudah tentu seseorang itu akan mendapat manfaat yang banyak terutamanya dalam era globalisasi ini.

Dengan menguasai ilmu, seseorang itu boleh mencipta peralatan baharu atau membuat inovasi dalam pelbagai bidang. Alat atau ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia. Sebagai buktinya, banyak inovasi baharu yang dicipta pada masa ini, contohnya telefon bimbit, komputer riba, drone, dan alat canggih yang lain. Hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi. Jadi, pada masa akan datang sudah pasti budaya yang mementingkan ilmu dalam pelbagai bidang akan menguasai budaya masyarakat.

Ilmu yang dimiliki juga membolehkan kita menguasai bidang perniagaan yang semakin kompleks dan bercorak global dewasa ini. Perkara ini dikatakan demikian kerana dalam era globalisasi, k-ekonomi merupakan trend baharu dalam perniagaan. Jadi, ekonomi yang berasaskan pengetahuan sudah menguasai dunia perniagaan pada masa ini. Jadi, setiap orang harus mengikut arus kemajuan k-ekonomi tersebut untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan zaman jika tidak mahu menjadi seperti katak di bawah tempurung.  Dengan menyesuaikan diri mengikut perubahan zaman, seseorang peniaga itu dapat memajukan diri dalam bidang perniagaan pada masa ini.

Jika seseorang pemimpin menguasai ilmu sudah pastilah individu tersebut dapat memajukan diri dan negaranya sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini. Seseorang pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara. Jika pemimpin tidak dapat menguasai ilmu, sudah pastilah negara kita akan tertinggal di belakang negara-negara maju yang lain. Jadi, seperti kata pepatah, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, para pemimpin juga perlu menguasai pelbagai ilmu terutamanya ilmu teknologi maklumat dan komunikasi.

Sekiranya rakyat negara ini dapat menguasai ilmu, sudah pasti hal ini akan melahirkan masyarakat yang bersifat proaktif dalam semua hal.  Perkara itu bermakna masyarakat yang berilmu sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan mudah pula berputus asa. Sebagai contohnya, seseorang yang berfikir secara positif sudah tentu akan menjadikan masalah itu sebagai cabaran dan bukannya halangan untuk mencapai objektifnya. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan budaya yang sentiasa dahaga akan ilmu dan menjadikan budaya pembelajaran sepanjang hayat atau “life long learning” sebagai amalan dalam kehidupan.

Sebagai kesimpulannya, ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia perlulah diberikan perhatian oleh semua orang. Berdasarkan ungkapan itu, janganlah kita suka membuang masa kerana masa itu emas dan masa tidak akan menunggu kita. Sekiranya kita lalai dan tidak menggunakan masa dengan bijaksana, sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian. Jadi, gunakanlah masa yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang teknologi maklumat yang sentiasa berubah hampir setiap hari. Kita berharap agar masyarakat negar ini mementingkan penguasaan ilmu demi kemajuan negara.

Oleh Cikgu Mohd Khir Kassim

55 comments:

  1. trima kasih cikgu,doakan kami berjaya dengan cmerlang dalam spm~amin~

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu,doakan kami berjaya dengan cemerlangnya,insyaallah.amin

    ReplyDelete
  3. Cikgu, minta izin copy. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. EE menolong sangat2! terima kasih cikgu...realy helpful..this is a last minute work. soo hehe., at night like this. otak ada jam sikit... terima kasih. :)

    ReplyDelete
  5. Assalam cikgu, Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Mohon copy.

    ReplyDelete
  6. cikgu minta izin copy..

    ReplyDelete
  7. As Salam, cikgul terima kasih sebab kongsi karangan ni. Saya mohon meng-copy :)

    ReplyDelete
  8. boleh tak tolong post karangan tentang kepentingan internet dalam pendidikan dalam masa 2 hari

    ReplyDelete
  9. bagus!! terima kasih cikgu!!

    ReplyDelete
  10. doakan saya berjaya di dalam UPSR YANG BAKAL SAYA DUDUKI PADA 10 SEPTEMBER INI

    ReplyDelete
  11. cikgu apakah perbezaan di antara -di dalam- dan -dalam-??saya harap cikgu dapat memberi penjelasan yang jelas kepada saya

    ReplyDelete
  12. aida love sangat daniel

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Terima kasih cikgu . Perkongsian yang bermanfaat =) Semoga Allah memberkati cikgu .

    ReplyDelete
  14. Saya minta izin untuk copy ya cikgu. Thanks

    ReplyDelete
  15. Minta izin copy. Terima kasih

    ReplyDelete
  16. Minta izin copy cikgu.

    ReplyDelete
  17. minta izin copy...terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  18. Terima kasih ,cikgu. Minta izin copy ye ^-^

    ReplyDelete
  19. idea cikgu sangat baik..teruskan usaha ..semoga cikgu terus berjaya hingga ke hujung nyawa..aminnn,,,

    ReplyDelete
  20. terima kasih atas ilmu ini :)

    ReplyDelete
  21. Mohon copy ��

    ReplyDelete
  22. minta izin copy ya

    ReplyDelete
  23. spm 2k17
    semua good luck all the best!

    ReplyDelete
  24. trm ksh ckgu... ckgu mmg terbaik..

    ReplyDelete
  25. Thanks!!! V helpful :)

    ReplyDelete
  26. Mohon izin copy. Terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  27. Karangan yg sangat bagus dan berguna

    ReplyDelete
  28. Terimakasih cikgu. Ia telah memberi inspirasi bagi saya untuk mendalami lagi ilmu

    ReplyDelete
  29. Saya mintak izin copy...
    Sangat membantu.

    ReplyDelete
  30. halalkan saya untuk meng-copy-an heheheheh

    ReplyDelete
  31. Minta izin untuk copy ya.Terima kasih

    ReplyDelete
  32. Orang kaya mati, Orang miskin mati.

    ReplyDelete
  33. Mohon copy ye cikgu tq☺️

    ReplyDelete
  34. Terima kasih cikgu,saya mohon copy����

    ReplyDelete
  35. Terima kasih cikgu, saya mohon copy

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum cikgu... minta izin copy ye..

    ReplyDelete
  37. doakan saya dipermudahkan spm dan dpt straight A :)

    ReplyDelete
  38. AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

    ReplyDelete
  39. Terima kasih cg,cg lah penyelamat saya fuh :))

    ReplyDelete
  40. assalamualaikum..mohon izin kongsikan karangan ini dengan murid - murid ...terima kasih

    ReplyDelete
  41. minta izin copy paste

    ReplyDelete