Pages

Tuesday, January 26, 2010

Karangan SPM: Pengangkutan Awam (Berdasarkan Buku Teks Tingkatan 5)

Unit 3. Pengangkutan Alaf Ini (Buku Teks Tingkatan 5, m.s. 48)



Soalan Contoh

Anggota masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana banyak kelebihannya.
Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada anggota masyarakat di negara ini.


Rangka Karangan


Pendahuluan
- Inovasi dalam sistem pengangkutan

Isi-isi Penting
i.   Mengurangkan kesesakan lalu lintas
ii.  Menjimatkan masa dan kos perjalanan
iii. Memudahkan perjalanan seseorang
iv. Mengurangkan pencemaran alam

Penutup
- Lebih banyak kebaikan menggunakan pengangkutan awam


Karangan Contoh

Dunia sentiasa mengalami perubahan dalam sistem pengangkutan dari semasa ke semasa. Dalam era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan yang konvensional. Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis kenderaan awam seperti monorel, ERL, komuter, bas, teksi, kapal terbang dan sebagainya. Pengangkutan awam yang moden itu pula mampu untuk memainkan peranan yang penting kepada sesebuah negara untuk mencapai kemajuan. Dengan perkataan lain, pengangkutan awam yang terdapat di negara kita juga tidak kurang pentingnya kerana terdapat pelbagai kelebihan yang akan diperoleh apabila masyarakat menggunakannya.

Pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota atau bandar-bandar besar yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan rakyat Malaysia gemar menggunakan kenderaan sendiri terutamanya ketika ingin menuju ke tempat kerja. Di samping itu, mereka kebiasaannya bersikap bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing ketika berada di jalan raya. Perkara ini akhirnya mengakibatkan kesesakan jalan raya yang serius. Oleh itu, pengangkutan awam seperti komuter, monorel, ERL (Express Rail Link), LRT (Light Rail Transit)) dan sebagainya dapat memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah kesesakan jalan raya yang semakin kronik di ibu negara kita.

Dengan menggunakan pengangkutan awam, orang ramai dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Sebagai contohnya, ERL dapat memendekkan masa perjalanan jika dibandingkan dengan penggunaan kereta. Tambang pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga amat berpatutan jika dibandingkan dengan masa perjalanannya yang telah disingkatkan. Oleh itu, jika dibandingkan antara pengangkutan awam dengan kenderaan biasa, anggota masyarakat akan mendapat manfaat sekiranya menggunakan pengangkutan awam. Harga petrol yang tidak menentu di pasaran global telah memberikan impak yang negatif kepada rakyat yang menggunakan kenderaan peribadi. Oleh hal yang demikian, banyak perbelanjaan boleh dijimatkan sekiranya orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Pengangkutan awam juga akan memudahkan perjalanan seseorang untuk ke sesuatu destinasi. Dengan adanya pengangkutan awam seperti ERL dan LRT, sistem pengangkutan yang lebih efisien berbanding dengan kenderaan persendirian dapat diwujudkan tambahan pula banyak tempat di ibu kota yang termasuk dalam jaringan pengangkutan awam tersebut. Perkara ini sekali gus dapat meningkatkan kadar ketepatan atau kepantasan seseorang untuk sampai ke sesuatu destinasi. Hal ini seharusnya diberikan pertimbangan oleh anggota masyarakat agar mereka menggunakan kenderaan awam untuk ke sesuatu destinasi. Oleh itu, kenderaan awam sepatutnya menjadi pilihan utama masyarakat kerana kelebihannya banyak sekali.

Pengangkutan awam yang lebih mesra alam pula akan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan ERL ialah kenderaan awam yang mesra alam kerana kenderaan tersebut tidak mengeluarkan asap. Hal ini secara langsung dapat membendung pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara di negara kita. Perkara yang di sebaliknya pula akan berlaku jika seseorang menggunakan kenderaan persendirian mereka seperti kereta atau motosikal yang terbukti menyebabkan pencemaran alam sekitar. Jadi, perkara ini membuktikan bahawa penggunaan pengangkutan awam dapat menangani penemaran udara yang semakin serius pada masa ini.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan pengangkutan awam memang banyak kelebihannya jika hendak dibandingkan dengan penggunaan kenderaan persendirian. Oleh itu, anggota masyarakat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam jika hendak pergi ke sesuatu destinasi. Sekiranya saranan ini tidak diikuti sudah tentu banyak masalah yang terpaksa dihadapi oleh anggota masyarakat akibat pencemaran alam yang berpunca daripada asap kereta dan motosikal. Jadi, kita perlulah menyokong langkah kerajaan yang menggalakkan penggunaan pengangkutan awam melalui kempen kongsi kereta atau "car pool" untuk ke tempat kerja. Hal ini menyebabkan pencemaran udara dikurangkan dan anggota masyarakat dapat menyedut udara yang segar dan hidup dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.

62 comments:

  1. terima kasih cikgu... contoh karangan ini banyak membantu saya.. sekali lagi terima kasih

    ReplyDelete
  2. terimakasih ingin mengucapkan kepada cikgu..dpt menolong saya dlm karangan ini.

    ReplyDelete
  3. terima kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas guide tulis karangan ckgu nih,,karangan saya dipuji oleh cikgu saya,, ^ ^

    ReplyDelete
  5. tak sedap langsung karangan ni......entah ape ape ayat die.....

    ReplyDelete
  6. siape suruh hang makan karangan ni?gile ke?

    ReplyDelete
  7. tq...tak bes sangat tapi ok lar...kerana takde peribahasa banyak..tapi ok juge lar....jangan marah....nak ckp je....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karangan kau mantap sngt ke...kot2 x pernah dpt A bm...jngn marah...nk tnya je...:)

      Delete
  8. korang xtaw besyukur ker..ckg bg guide tu dah cukup bgus ap..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum~

    Terima kasih ats p'kongsian ilmu ini. Mohon 'Copy' sbgai rujukan :)

    ReplyDelete
  10. mohon copy,.....terima kasih....

    ReplyDelete
  11. terima kasih cikgu. Karangan ini dapat membantu saya

    ReplyDelete
  12. hancur punya karangan

    ReplyDelete
  13. trima kasih ckgu..
    mnta izin copy :)
    skali lg terima kash....

    ReplyDelete
  14. Terima kasih cikgu •★•

    ReplyDelete
  15. Karangan yang sangat membantu, mohon copy ye

    ReplyDelete
  16. Thank you harap dapt buat rujukan untuk spm 😊

    ReplyDelete
  17. cikgu kasim mmg terbaik... dr mirza

    ReplyDelete
  18. Terima kasih cikgu dan selamat hari raya lol

    ReplyDelete
  19. Terima kasih cikgu.. minta izin untuk buat rujukan :)

    ReplyDelete
  20. cikgu krgn ni berapa ratus patah prktaan...
    dan trima kasih ats krgn ni..

    ReplyDelete
  21. ia byk mmbantu saya skali lagi trima kasih.

    ReplyDelete
  22. Terima kasih cikgu krn bg karangan seperti ini krn ia sgt membantu semua pelajar dlm semua karangan terutamanye bab pengangkut

    ReplyDelete
  23. mohon copy untuk kerja kursus geografi saya

    ReplyDelete
  24. Terima kasih cikgu....saya mohon kebenaran untuk copy cikgu...terima kasih

    ReplyDelete
  25. terima kasih cikgu kerana memberi tips
    saya dapat menggunakan dengan sepenuhnya

    ReplyDelete
  26. Karangan ni membntu saya👍👍

    ReplyDelete
  27. unknown said kau ni kenapa eh? aku takpaham kenapa bengap sangat kau ni hahaha

    ReplyDelete
  28. Terima kasih cikgu...bolehlah saya baca untuk peperiksaan nanti...hehe

    ReplyDelete
  29. Words limitted have...mind it
    .

    ReplyDelete
  30. Terima kasih Cikgu. Mohon halalkan ilmu ini.

    ReplyDelete
  31. Terima kasih cg utk esei yang baik

    ReplyDelete
  32. terima kasih cikgu

    ReplyDelete