Pengikut laman ini

Saturday, January 1, 2011

Sajak Tingkatan 5 Kecek – (V) – Awang Abdullah

Maksud

Rangkap 1
Seorang pengarah syarikat mengumpulkan kekayaannya dengan melakukan penipuan atau pecah amanah dan perkara itu menyusahkan orang lain.

Rangkap 2
Seorang petani di kampung pula berusaha dengan tenaga dan kudrat yang dimilikinya untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak-anaknya yang ramai. Namun begitu, dia tidak pernah mengambil harta atau kekayaan orang lain untuk meneruskan kehidupannya yang sekian lama dalam kemiskinan.

Rangkap 3
Seorang nelayan yang hidup miskin meneruskan hidupnya dengan mencari rezeki di laut untuk membesarkan anak-anaknya. Namun begitu, nelayan itu tidak pernah mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain semasa mencari rezeki walaupun dia sudah lama hidup dalam keadaan susah.

Rangkap 4
Walau bagaimanapun, Tuhan tidak pernah mungkir untuk mencatatkan setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia untuk menegakkan keadilan pada hari pembalasan nanti.

Tema
Pertentangan sikap antara orang kaya yang tidak amanah dengan orang miskin yang jujur.

Persoalan
1. sikap orang kaya yang menyusahkan orang lain
2. kegigihan petani yang berusaha untuk mencari rezeki
3. ketabahan nelayan yang mencari rezeki untuk menanggung keluarga
4. hari pembalasan pasti akan dihadapi oleh setiap orang

Gaya Bahasa
1. Metafora
– akaun kemiskinannya
- pagar sengsara
- akaun sengsaranya
- ruang kedaifan
- rahang laut
- pusaran nasib
- rumah keadilan
2. Pengulangantetapi, ke dalam, di, ke dalam
3. Asonansiyang telah lama pecah
4. Aliterasi - dia mencantum kemiskinan

Nada
Sinis

Nilai
1. Kejujuran
2. Kegigihan
3. Ketabahan
4. Keadilan

Pengajaran
1. Kita hendaklah mencari harta kekayaan dengan cara yang halal supaya diberkai oleh Tuhan.
2. Kita haruslah gigih berusaha untuk mencari rezeki yang halal demi keperluan keluarga.
3. Kita mestilah percaya akan balasan Tuhan terhadap orang yang tidak amanah.
4. Kita tidak patut mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain demi memperoleh kekayaan.


12 comments:

miey :3 said...

oh yeah! thanks cikgu :D nota ini sungguh berkesan :D terkesan pulak saya di buatnya. terima kasih terima kasih :)

Unknown said...

Cikgu boleh bagi saya semua maksud frasa yg ada dlm group metafora? Saya nak faham dgn teliti :)

Anonymous said...

cikgu, kalau pengajaran bukan sepatutnya kena ada tujuan . maksud saya "kita mestilah . . . . . AGAR/SUPAYA . . . . ". agar, supaya, demi dan untuk adalah kata hubung untuk tujuan tersebu,t contoh "kita hendaklah mencari harta kekayaan dengan cara yang halal AGAR harta yang diperoleh diberkati-Nya"

Anonymous said...

terima kasih cikgu kerana dapat membantu saya untuk kerja saya..

Anonymous said...

Sangat membantu..terima kasih

Anonymous said...

saya jai lagi !! weee~

Anonymous said...

jai sado bak hang aummmm~

Anonymous said...

add wechat sye id:rajaiehensem ^^

Anonymous said...

ikmal hatake comel !! arhhhh !!!
aummm aummm

Anonymous said...

aqil kecek2...hahahaha

Anonymous said...

jai masak nasi goreng !!

Anonymous said...

katak ! katak ! katak !
zaril wuuuu ~