Pengikut laman ini

Sunday, May 18, 2008

Latihan Rumusan 3 STPM

Latihan Rumusan 3 STPM

Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannnya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 170 - 180 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [ 20 markah ]

Jenayah yang melibatkan kes ragut kini dikategorikan sebagai jenayah rompak dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan sebatan. Polis juga sudah mengambil beberapa langkah dengan memudahkan mangsa ragut membuat laporan di semua balai polis, pondok polis dan polis peronda dengan tujuan untuk mengatasi masalah kesukaran membuat aduan mengenai kejadian berkenaan. Namun, yang membimbangkan kita ialah peragut kini sanggup melakukan kekerasan sehingga menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa. Contoh yang terbaru, kes yang membabitkan pelajar di Wangsa Maju baru-baru ini bukan lagi dianggap kes ragut tetapi kes bunuh.

Kejadian yang bermula dengan rompakan harta benda sudah bertukar menjadi kes jenayah kekerasan hingga menyebabkan kecederaan dan kematian. Apakah dalam kemelut sebegini, kita selaku anggota masyarakat hanya mampu melihat perkara ini berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan? Walaupun kita tidak boleh bertindak bersendirian, kita masih boleh menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi membantu pihak berkuasa untuk menangani kes yang semakin menjadi-jadi ini. Masyarakat boleh membuat aduan di balai polis yang terdekat atau menghubungi polis dengan segera jika mereka melihat ada kelakuan orang tertentu yang boleh menimbulkan syak.

Kebanyakan kes ragut ini berlaku di kawasan bandar-bandar besar dan juga di kawasan yang lengang. Peragut juga biasanya melakukan aktiviti mereka itu apabila menyedari bahawa mangsa mereka bersendirian. Sebenarnya kes ragut berpunca daripada sikap individu yang ingin mendapat wang dengan jalan yang mudah. Selain itu juga mereka hendak mendapatkan wang dalam jangka masa yang singkat. Oleh itu mereka terpaksa meragut beg tangan atau barang-barang kemas yang dipakai oleh kaum wanita.
Kebiasaannya juga peragut tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Hal ini menyebabkan mereka tidak mempunyai pendapatan yang tetap untuk menyara hidup mereka. Selain itu mereka juga malas untuk melakukan kerja yang halal kerana pendapatannya tidak lumayan. Perkara ini menyebabkan mereka akan meragut beg tangan mangsa yang lemah.
Antara cara untuk menangani kes ini daripada menjadi lebih serius adalah dengan mengadakan kawalan dan rondaan yang lebih ketat. Kawalan tersebut patut dilakukan oleh anggota polis dalam usaha untuk mencekup peragut yang bermaharajalela. Selain itu anggota polis yang berpakaian biasa perlu ditempatkan di tempat awam agar mudah bagi mereka untuk menangkap peragut yang tidak bertanggungjawab itu.
Bagi kita, adalah lebih baik menghalang sesuatu perbuatan jenayah itu sebelum jenayah itu berlaku. Kita bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa tanggungjawab untuk membanteras jenayah termasuk curi dan ragut tidak seharusnya diserahkan kepada polis semata-mata. Polis tidak mungkin dapat mengatasi masalah jenayah ini sepenuhnya memandangkan wujudnya jurang atau nisbah yang begitu besar antara jumlah anggota polis dengan bilangan penduduk.

Justeru, semua pihak perlulah memainkan peranan untuk mencegah kejadian jenayah seperti kes ragut, rompakan, pecah rumah dan pecah kereta dengan memberi maklumat kepada pihak berkuasa. Tanpa kerjasama daripada semua pihak dalam masyarakat sudah tentu usaha untuk menangani kes ragut menjadi semakin sukar. Oleh hal yang demikian, marilah kita menjadikan angka kes ragut yang begitu tinggi itu sebagai satu kejutan untuk kita memerangi jenayah ini bersama-sama. Semoga masalah ini akan dapat ditangani dengan berkesan dalam usaha menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat negara ini.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
‘Rakyat Kena Bantu Polis Perangi Kes Jenayah Ragut’,
Berita Harian, 7 Ogos 2006)

7 comments:

Anonymous said...

boleh saya dapatkan contoh karangan bertajuk:
andaikan anda seorang pegawai kanan polis, and telah dijemput untuk memberikan ceramah tentang cara-cara menangani kes ragut.
i perlu hantar karangan ini pada esok hari..
liann_90@hotmail.com

Anonymous said...

encik..saya intan dr kajang high school..
boleh tak saya inginkan skema jawapan bagi latihan rumusan 1,2 dan 3 STPM??
ini email saya..
xoxo.gossipgurlz@gmail.com
terima kasih.

dyz said...

macam mana nk tahu yg petikan dalam rumusan tu penting..? utk stpm..
email sya..
dayanz91@yahoo.com

Muhammad Zaid Bin Daud said...

baru di tingkatan6..
contoh jawapan rumusan stpm..
untuk membantu saya buat rumusan pada waktu cuti ini..

mimifency said...

encik,sy plajar tingkatan6 dari sabah,
cam na nak hasilkan karangan yang mantap??
email sy mimifency@yahoo.com.,.

Anonymous said...

boleh saya dapatkan contoh karangan bertajuk:
andaikan anda seorang pegawai kanan polis, and telah dijemput untuk memberikan ceramah tentang cara-cara menangani kes ragut.
saya perlu hantar karangan ini pada esok hari.. nie email saya noorainabdullah@yahoo.com

Unknown said...

Boleh