Latihan Analisis Kesalahan Bahasa 1 STPM Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15 markah ] Cadangan untuk mengharamkan iklan makanan segera merupakan tindakan yang drastik, namun kami kurang pasti sama ada ia berkesan atau tidak. Ini kerana, mengharamkan iklan tidak akan memberhentikan pengguna daripada mengambil makanan segera, sebab makanan segera telah lama bertapak di Malaysia dan menjadi sebahagian makanan harian. Bagi saya, jalan penyelesaiannya ialah melalui pendidikan. Kita perlu beritahu kepada pengguna apa sebenarnya makanan segera dan kandungan yang terdapat dalam makanan segera iaitu komposisi nutrient. Setelah pengguna mendapat semua maklumat yang penting mengenai makanan segera, terpulanglah kepada pengguna untuk membuat pilihan yang bijak. Kita tidak perlu mengharamkan iklan kerana ia bukan tindakan yang baik. Contohnya iklan rokok dan arak telah diharamkan tetapi masih ramai yang menghisap rokok walaupun sudah tahu keburukannya. Latihan Analisis Kesalahan Bahasa 2 STPM Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15 markah ] Dalam isu Maybank, ia menegaskan bahawa pemilihan firma guaman terus dibuat berasaskan merit dan kenyataan itu seharusnya membantu melenyapkan sebarang kontroversi berpanjangan. Kita sedar ada pihak juga mahu kerajaan mempertahankan tindakan Maybank mengenakan syarat pemilikan 50 peratus kepentingan Bumiputera dalam firma guaman yang mahu menjadi panel bank terbabit, dengan alasan ia selari dengan dasar kerajaan untuk mengagihkan secara adil kekayaan negara, khususnya kepada kaum Bumiputera yang masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi berbanding kaum lain. Kita harus menerima hakikat mengenai semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) masih wujud dan diperlukan selagi kemiskinan antara kaum belum seimbang. Latihan Analisis Kesalahan Bahasa 3 STPM Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15 markah ] PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin sangat dengan kenaikan mendadak harga cili merah yang dijual disekitar pasar Pulau Pinang. Tinjauan CAP ke pasar yang dilakukan pada 9 Mei lalu menunjukkan harga cili merah tempatan meningkat dari RM7 kepada RM15 sekilogram. Peningkatan ini adalah lebih daripada 100 peratus sejak seminggu lalu dan telah menyebabkan kekurangan yang besar di pasaran. Pemborong mempersalahkan penuaian hasil cili merah yang rendah di kawasan terbabit menyebabkan harganya meningkat 100 peratus. Aduan biasa yang diterima dari surirumah ialah harga tiga biji cili adalah kira-kira RM1.50 yang lebih mahal berbanding nasi lemak. CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyiasat bekalan dan harga cili. Bekalan cili perlu ditingkat dan mengurangkan harganya. Latihan Analisis Kesalahan Bahasa 4 STPM Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15 markah ] Kerajaan kita sentiasa berusaha untuk membantu rakyat yang miskin di negara ini. Di antara usaha yang dilaksanakan ialah menyediakan peluang pekerjaan yang banyak di luar bandar. Melalui langkah tersebut dapat menjamin penduduk memperolehi pendapatan. Bila ada pendapatan, mereka dapat menumpukan dengan lebih banyak lagi perhatian kepada usaha menjaga kesihatan diri dan keluarga. Walaubagaimanapun, usaha ini mestilah mendapat sambutan dari golongan yang miskin itu sendiri. Berjaya atau gagalnya usaha tersebut amat bergantung kepada kerjasama yang mereka berikan. Tegasnya, kejayaan usaha tersebut tidak hanya bergantung kepada kerajaan sahaja. |
Pengikut laman ini
Sunday, May 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
cikgu boleh berikan jawapan bagi soalan analisis ini
assalamualaikum cikgu,sye nk tanye..
kenape 'pada masa kini' salah??
sye nak tahu sebabnye.. yg betulnye 'pada masa ini / kini' kan??
AWAK, kini itu sudah menunjukkan maksud pada masa ini. so, awak pilih sama ada nak tulis kini @ pada masa ini sahaja.
Ya, betul jawapan yang diberikan oleh Yvonne Nuna itu.
Post a Comment