Pelajar perlu mengesan kata kunci atau kehendak soalan dan mengaitkannya dengan perkataan yang dinyatakan dalam soalan. Kemudian, garisi kata yang mengandungi imbuhan tersebut. Jadi, pelajar perlu menguasai fungsi imbuhan me-N...-i terlebih dahulu. Imbuhan me-N...-i berfungsi untuk memberikan maksud lokatif (atau yang berkaitan dengan lokasi). Jangan keliru dengan kata yang membawa maksud kausatif, benefaktif, dan refleksif. Sebagai contohnya, analisis kehendak soalan yang berikut.
Soalan 9
Pada pagi itu, kami menelusuri hutan itu dengan penuh hati-hati. Cahaya matahari mula menerangi kawasan tempat kami bermalam. Pokok-pokok rendang melindungi tanah daripada panas matahari pagi. Ahmad mengajak kami untuk merenangi sungai yang tidak jauh daripada khemah kami. (STPM 2016)
Yang
manakah fungsi imbuhan meN-…-i
pada perkataan yang dicondongkan dalam petikan di atas?
A Membawa maksud lokatif
B Membawa maksud kausatif
C Membawa maksud refleksif
D Membawa maksud benefaktif
Terdapat
empat kata yang berimbuhan meN-...-i
dalam soalan iaitu menelusuri, menerangi, melindungi, dan merenangi.
Keempat-empat kata tersebut berfungsi untuk membawa maksud lokatif. Semua
perkataan tersebut membawa maksud lokatif kerana semuanya berkaitan dengan
lokasi iaitu menelusuri, menerangi, melindungi, dan merenangi.
Objek selepas kata kerja berimbuhan tersebut juga mempunyai lokasi.
Imbuhan
yang membawa maksud kausatif pula ialah
imbuhan meN...-kan. Imbuhan
tersebut membawa maksud penyebab kepada sesuatu (Siapa atau apa yang menjadi
penyebab). Contohnya, perkataan yang dimaksudkan adalah seperti memasukkan, menaikkan, mengemaskan, membersihkan, dan sebagainya. Contoh
ayatnya adalah seperti yang berikut.
- Azmi memasukkan buku ke dalam beg. (Azmi menjadi penyebab objek (buku) masuk ke dalam beg.)
- Syed menaikkan bendera di tapak perhimpunan. (Syed menjadi penyebab objek (bendera) naik.)
- Amirah mengemaskan biliknya itu. (Amirah menjadi penyebab objek (biliknya) itu kemas.)
- Alif membersihkan bilik itu. (Alif
menjadi penyebab objek (bilik) itu bersih.)
- Kusalini memasakkan ayah nasi goreng. (Ayah mendapat
faedah daripada perbuatan Kusalini.)
- Kahirul membelikan adiknya buku cerita.
(Adiknya mendapat faedah daripada perbuatan Kahirul.)
- Sabena menjahitkan ibu baju kurung.
(Ibu mendapat faedah daripada perbuatan Sabena.)
- Aiman menuliskan nenek surat. (Nenek
mendapat faedah daripada perbuatan Aiman)
- Farah sedang bersolek di hadapan
cermin. (Farah melakukan perbuatan yang memberikan refleksi untuk dirinya.)
- Ilman sedang bersikat di dalam bilik. (Ilman melakukan perbuatan yang memberikan refleksi kepada dirinya.)
AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
ReplyDeletegampang menangnya dan banyak bonusnya :)
ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)
HARAM
DeleteTq
ReplyDeleteterima kasih :)
ReplyDeleteMashehhhh
ReplyDeleteThnks
ReplyDelete