Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua
soalan.
[30 markah]
Masalah pelupusan sampah bukan sahaja dihadapi di negara kita tetapi juga
berlaku di negara-negara maju seperti Jepun. Berdasarkan jumlah sampah yang
semakin meningkat setiap tahun, pelupusan sampah secara konvensional sudah
tidak praktikal lagi pada masa ini. Oleh hal yang demikian, kerajaan mahu
rakyat bersedia untuk berkongsi bersama-sama bagi menanggung kos pelupusan
sampah dengan menggunakan sistem yang lebih berkesan termasuklah penggunaan
teknologi moden seperti insenarator bagi memastikan penjagaan alam sekitar
terjamin.
Oleh itu, negara kita akan menggunakan teknologi insenarator ini bagi
menggantikan kaedah pelupusan sampah yang sedia ada pada masa ini. Langkah ini
perlu diambil untuk menangani masalah pelupusan sampah yang kurang efisien pada
masa ini. Pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah pelupusan
sampah. Antara cadangan itu termasuklah pembinaan loji insenarator seperti yang
digunakan oleh negara-negara maju.
Antara teknologi insenarator moden yang dimajukan adalah dengan menggunakan
gasifikasi dan peleburan abu yang dapat mengurangkan pengeluaran dioksin pada
tahap yang memenuhi piawaian antarabangsa. Asap dan gas yang berbahaya kepada
manusia tidak dilepaskan ke udara tetapi diserap dan dikumpulkan oleh alat
tersebut. Oleh itu, teknologi insenarator tidak akan menjejaskan kesihatan
manusia dan tidak mengganggu keselesaan penduduk yang tinggal berhampiran dengan pusat pelupusan sampah
tersebut.
Selain dapat menyelesaikan masalah
pelupusan sampah, teknologi insenarator juga mampu menjana tenaga yang dapat
memenuhi keperluan untuk menggerakkan loji berkenaan. Di samping itu, teknologi
tersebut berupaya untuk menjual tenaga yang dihasilkan kepada syarikat utiliti
yang membekalkan tenaga kepada masyarakat. Selain insenarator yang kekal
terdapat juga insenarator bergerak yang menggunakan roda dan berupaya
mengendalikan dua tan sisa termasuklah pepejal. Insenarator seumpama itu
dicipta khusus dan berkonsepkan mesra alam serta tidak mencemarkan alam.
Oleh hal yang demikian, kita
berharap pembinaan insenarator tersebut akan menjadi kenyataan pada masa yang
telah dijangkakan. Hakikat yang perlu kita terima ialah kaedah pelupusan yang
digunakan sekarang tidak lagi mampu menampung sampah yang kita buang setiap
hari. Walaupun kos insenarator ini agak tinggi, namun dalam jangka masa panjang, teknologi
ini menguntungkan manusia dan tidak merosakkan alam sekitar yang sudah sedia
tercemar.
(Disesuaikan daripada ‘Penggunaan
Insenarator
Tidak Dapat Dielakkan’, Berita Harian,
10 Mac 2007)
1. Apakah kelebihan teknologi insenarator dalam
usaha untuk melupuskan sampah dengan lebih efisien? [4]
Skema jawapan cadangan
- Dapat mengurangkan pengeluaran dioksin
- Tidak menjejaskan kesihatan manusia
- Tidak mengganggu keselesaan penduduk
- Mampu menjana tenaga
- Mesra alam atau tidak mencemarkan alam
2. Jelaskan tiga
harapan yang dinyatakan oleh penulis dalam petikan di atas. [6]
Skema jawapan cadangan
- Rakyat bersedia untuk berkongsi kos pelupusan sampah dengan kerajaan –
sistem ini lebih berkesan
-
Negara kita dapat gunakan insenarator – cara sekarang kurang efisien
- Pembinaan insenarator akan jadi
kenyataan – cara sekarang tidak dapat menampung sampah yang dibuang setiap
hari.
3. Pada pendapat
anda, apakah peranan anggota masyarakat di negara ini untuk membantu kerajaan
dalam usaha menangani masalah sampah? Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih
daripada 150 patah perkataan. [20]
Skema jawapan cadangan
- Buang sampah di tempat yang disediakan
- Berikan pendidikan kepada anak-anak tentang amalan membuang sampah
- Jalankan aktiviti kutipan sampah dan membersihkan kawasan
- Libatkan diri dalam kempen membersihkan kawasan
- Nasihati orang lain dan jadi contoh amalan membuang sampah di tempat yang
sesuai.
Assalamualaikum,cikgu.Terima kasih di atas jasa baik cikgu yang berkongsi ilmu di blog ini.Cikgu,saya telah memasukkan fakta yang salah dalam karangan SPM saya semalam.Saya cukup yakin bahawa hasrat melahirkan rakyat berminda kelas pertama ialah saranan Tun Dr.Mahathir Mohamad tetapi rupa-rupanya Tun Abdullah Ahmad Badawi.Saya tidak sengaja melakukan kesalahan tersebut.Saya ingin tahu,adakah markah karangan saya ditolak sehingga saya tidak akan mencapai tahap cemerlang,baik atau lebih rendah daripada itu? Saya terlalu risau memikirkan kesalahan yang telah saya lakukan. Terima kasih.
ReplyDelete