Bagi calon-calon STPM, anda ada beberapa hari lagi untuk mengulang kaji sebelum menjawab soalan sebenar pada 15 Disember ini. Bagi calon-calon STPM SMKBBST, sila aplikasikan teknik yang sudah dipelajari dan gunakan soalan-soalan yang sudah diberikan sebagai latihan.
Teknik Mengulang kaji
• Nota poket, peta minda, jadual
• Latih tubi soalan
• Soalan kuiz dengan rakan
Teknik Menjawab Soalan
• Pastikan satu betul dan cari satu lagi yang betul (Aneka Pilihan)
• Pastikan satu salah dan cari satu lagi yang salah (Aneka Pilihan)
• Teknik potong (potong mana-mana jawapan yang anda sudah pasti salah)
Dengan berdasarkan analisis soalan STPM tahun-tahun yang lepas, soalannya banyak diambil daripada bab yang berikut:
i. Morfologi
ii. Sintaksis
iii. Fonologi
Oleh itu, tumpukan perhatian yang lebih terhadap bab-bab tersebut dan gunakan teknik yang dicadangkan di atas, di samping teknik lain yang telah dipelajari daripada guru masing-masing.
Soalan Contoh - Morfologi
Soalan 31 (2009)
Yang manakah penggunaan tanda sempang (-) yang betul?
I ke-44
II 1960-an
III pra-sejarah
IV ko-kurikulum
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Soalan 43 (2009)
Yang berikut ialah kata majmuk kecuali
A hijau daun
B tengah hari
C meja makan
D cantik molek
Soalan 38 (2009)
Ayat yang manakah yang mempunyai kata penguat bebas?
I Biliknya kemas sekali.
II Perhubungan mereka mesra sangat.
III Hiasan dalaman rumah itu agak menarik.
IV prasarana yang disediakan di kawasan itu sungguh canggih.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Soalan 41 (2009)
Yang manakah ayat yang menggunakan kata sendi dengan betul?
A Semua beg tangannya dari kulit.
B. Potret itu tergantung di dinding ruang tamu.
C Bola itu dibaling daripada penjuru kiri tiang gol.
D Borang permohonan pinjaman itu hendaklah diserahkan pada universiti.
Soalan Contoh - Sintaksis
Soalan 47 (2008)
Yang manakah ayat tunggal?
I Pemain itu terjatuh lalu tidak sedarkan diri.
II Kebun durian bapa sudah mengeluarkan hasil.
III Kehidupan rakyat negara itu sungguh menyedihkan.
IV Kami percaya bahawa saudara akan berjaya dalam temu duga itu.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Soalan 55 (2009)
Kata bantu + kata penguat + kata adjektif
Frasa yang manakah yang menepati pola di atas?
A masih belum layu
B masih terlalu awal
C sudah tentu untung
D sudah matang benar
Soalan 48 (2009)
Yang manakah ayat yang mempunyai kata kerja dengan dua objek?
A Model wanita itu berbajukan kertas yang kalis air.
B Ibu memasakkan kami nasi goreng berempah semalam.
C Puan Asmah membeli set pinggan mangkuk baharu untuk majlis jamuan itu.
D Pada masa ini, orang kampung jarang-jarang menanam sayur di belakang rumah.
Soalan 57 (2009)
Yang manakah ayat yang boleh dipasifkan?
I Para pelatih sudah pun menjalani latihan mendaki bukit.
II Mereka berlima sedang menari di atas pentas ketika itu.
III Keluarga mereka sedang memperindah halaman rumah.
IV Pelancong boleh menyeberang ke tempat peranginan itu dengan motobot.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Soalan 47 (2008)
Yang manakah ayat tunggal?
I Pemain itu terjatuh lalu tidak sedarkan diri.
II Kebun durian bapa sudah mengeluarkan hasil.
III Kehidupan rakyat negara itu sungguh menyedihkan.
IV Kami percaya bahawa saudara akan berjaya dalam temu duga itu.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Soalan Contoh - Fonologi
Soalan 27 (2009)
Yang manakah penyataan yang benar tentang bunyi vokal bahasa Melayu?
I Semua bunyi vokal ialah bunyi bersuara.
II Penghasilan bunyi vokal melibatkan geseran.
III Bibir dihamparkan semasa pengeluaran bunyi vokal depan.
IV Udara keluar melalui rongga hidung semasa penghasilan bunyi vokal.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Soalan 29 (2009)
Yang manakah kata yang mengandungi bunyi diftong?
I Berbait
II Memaut
III Mengintai
IV Berkilauan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
No comments:
Post a Comment