Para pelajar Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan akan mengkaji teks Komponen Sastera yang baharu iaitu Dirgahayu Bahasaku. Teks ini diberikan judul sedemikian, kerana mengambil sempena sebuah sajak yang terdapat dalam teks ini iaitu Dirgahayu Bahasaku, karya Ahmad Sarju. Saya akan membincangkan aspek yang akan dikaji dalam sajak tersebut di bawah ini.
Sajak Dirgahayu Bahasaku – Ahmad Sarju
Maksud
Rangkap 1
Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya kerana menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang berbudi, setia dan amanah kepada negara.
Rangkap 2
Bahasa kebangsaan merupakan maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya utuh dan kukuh dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat untuk menyatukan bangsa.
Rangkap 3
Para pejuang bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini.
Rangkap 4
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa.
Rangkap 5
Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan dan mencaipta kejayaan dalam alaf baru ini.
Tema
Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya.
Persoalan
1. Sayang akan bahasa kebangsaan
2. menghargai sumbangan bahasa kebangsaan
3. hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu
4. keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan
Gaya Bahasa
1. Sinkof – tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu, bahasamu, tak
2. Metafora – lautan bijaksana
3. Personifikasi – Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
- bahasaku mencengkam
4. Inversi – gagah pelautku membelah lautan
- di arena antarabangsa suaramu tumbuh
5. Anafora – hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
6. Pengulangan – ke barat dan ke timur
ke utara dan ke selatan
Nilai
1. Semangat patriotik
2. Hormat-menghormati
3. Semangat perpaduan
4. Yakin diri
Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri.
2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan.
3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum.
terima kasih cikgu
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu,,
ReplyDeletesaya kena buat analisis dirgahayu bahasaku,saya nak tahu betul tak apa yg saya telah analisis,boleh tak cikgu bagi nota sedikit?tentang sajak-sajak dalam dirgahayu bahasaku. saya mahu semak betul tak analisis yang saya buat ini
Salam Cikgu..Saya telah diberi tugasan untuk menganalisis Sajak Arkitek Kota.Tapi saya ada beberapa masalah untuk menganalisis sajak ini.Tambahan pula,ini adalah pengalaman saya yang pertama kali untuk menganalisis subtopik di dalam buku antologi tanpa bantuan daripada mana-mana buku rujukan.Terima kasih.
ReplyDeleteassalammualaikum w.b.t cikgu...
ReplyDeletecikgu blh tak beri bentuk sajak serta nada sajak tersebut...
terima kasihh cikgu khir ..
ReplyDeleteskrg buku untuk novel & antologi taon nie susah nak cari ...
naseb baek ada blog cikgu khir .
senang sikit nak buat keja sekolah ^_^
terima kasih ckgu...cku adalah pnyelamat sya....
ReplyDeletesajak ini akan sya bentang...so thankx...hehe
salam cikgu...emm saya meminta pertolong dari ckgu untuk hurai kn watak dan perwatakan/latar tempat/msyarkt/latar masa dan yg lain2...novel berjudul pahalawan buntung....saya mesti hantar folio selepas tahun baru cina...seminggu dari sekarang
ReplyDeleteassalamualikum..
ReplyDeleteterima kasih buat cikgu kerana telah membantu saya dalam mempersembahkan mengenai sajak ini di sekolah..:)
thnkx vry much ckgu ~ :)
ReplyDeletecikgu, boleh tak cikgu bagi maksud untuk persoalan unutk sajak dirgahyu bahasaku
ReplyDeleteTerima kasih CIKGU,,
ReplyDeletesenang saya lebih memahami sajak ini...
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menaip nota nota untuk dikongsikan bersama pelajar cikgu. Jasa baik cikgu amat dihargai.
ReplyDeleteCIKGU , blh tak cikgu sertakan skali contoh2 kepada persoalan dan nilai murni dalam sajak tersebut? terima kasih cikgu .
ReplyDeletesalam..cikgu,boleh tak sertakan contaoh bagi setiap persoalan,nilai dan pengajaran..mohon pertimbangkan..
ReplyDeletecikgu , botton follow nye mane ?
ReplyDeletemacam mane saya nak follow blog cikgu nie ?
Salam .
ReplyDeleteTerima kasih cikgu .
Sekarang saya faham .
Tak perlu buku rujukan . (:
assalamualaikum cikgu..
ReplyDeletecikgu bleh tak kalau cikgu sertakan sekali soalan bagi sajak ini...saya harap cikgu dapat pertimbangkan permintaan saya..terima kasih...
salam..
ReplyDeleteterima kasih yepp cikgu khir..
lpaz nieyh dh ta pyh ssah2 nx pinjm bku kwan lgi..rujuk dkt sni nd print jerkk sudah ... hehehe :)
terima kasih cikgu..dapat jugak cari nota untuk homework bm...:) dybah...~
ReplyDeletethank you so much. :) it is so much easier than the buku rujukan that i bought.
ReplyDeletetrma ksh ckgu...skunk senang larh sy nk buat kerja skolah..
ReplyDeleteterima kasih cikgu.
ReplyDelete