Tingkatan : 6 Atas 1 (SMKBBST)
Tajuk : Bahasa Malaysia Kertas 2 – Soalan Percubaan Negeri Pahang 2010
Soalan 2
Ramai kanak-kanak yang hilang dianggap angkara orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan semakin terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan.
Bincangkan punca-punca berlakunya kejadian tersebut dan cadangkan langkah-langkah untuk menanganinya.
Anak merupakan cahaya mata yang tidak ternilai harganya, namun pada masa ini, masyarakat semakin hilang rasa kasih sayang dan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak. Hal in terbukti dengan berlakunya kes-kes kehilangan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi pada masa ini. Perkara yang amat menyedihkan dan membimbangkan kita adalah terdapat kes kehilangan kanak-kanak, dan akhirnya mayat kanak-kanak itu sahaja yang ditemui. Masalah seperti ini berpunca daripada perbuatan orang yang tidak berhati perut. Oleh itu, pelbagai langkah yang efektif perlu diambil oleh setiap pihak untuk menangani masalah kehilangan kanak-kanak yang semakin membimbangkan kita ini.
Masalah kehilangan kanak-kanak timbul akibat wujudnya sikap tamak dalam diri individu yang ingin mengejar kemewahan hidup. Oleh itu, individu tersebut tidak berfikir panjang dan hanya mengambil jalan mudah dengan menculik kanak-kanak untuk dijual kepada pihak lain. Sebagai contohnya, terdapat kanak-kanak yang diculik dan dijual ke luar negara untuk dijadikan sebagai pengemis jalanan. Sikap pihak yang tidak berperikemanusiaan ini amat membimbangkan masyarakat negara kita, lebih-lebih lagi ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana bukan sahaja ibu bapa yang berasa kehilangan anak tercinta, malah membebankan pihak berkuasa untuk menjejaki anak yang hilang tersebut dan menangkap penjenayahnya.
Masalah psikologi atau mental turut menjadi salah satu punca kejadian kehilangan kanak-kanak yang berlaku. Perkara ini dikatakan demikian kerana mengikut statistik, kebanyakan kes kehilangan kanak-kanak berkaitan dengan kes rogol dan bunuh. Keadaan ini boleh berlaku kerana terdapat segelintir individu yang memandang kanak-kanak seperti seorang wanita yang pernah menolak cintanya. Hal ini terjadi disebabkan oleh individu tersebut yang menyimpan perasaan dendam, sedih dan takut yang tidak terkawal ataupun mengalami penyakit jiwa. Oleh itu, pesakit jiwa ini berpotensi untuk membayangkan seorang kanak-kanak yang dilihatnya adalah seperti orang yang sentiasa berada dalam fikirannya. Kes seperti inilah yang akan menyebabkan kanak-kanak akan diculik, dirogol dan terus dibunuh sebagai mangsa keadaan.
Punca lain yang menyebabkan kehilangan kanak-kanak berlaku ialah masalah institusi kekeluargaan yang dikatakan semakin rapuh. Pada masa ini, banyak kes perceraian berlaku sehingga menyebabkan anak-anak terabai. Ibu bapa yang hanya mementingkan diri sendiri mula mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Anak-anak yang kurang kasih sayang ini hanya diberikan wang dan diberikan kebebasan sepenuhnya. Oleh itu, anak-anak khususnya yang berumur 15 tahun ke bawah yang masih belum matang berpotensi untuk ditipu dan diculik. Sekiranya masalah ini berlaku, ibu bapa yang patut dipersalahkan kerana mereka yang menjadi punca anak-anak menjadi mangsa penculikan, rogol, dan pembunuhan.
Untuk mengatasi masalah ini, pelbagai langkah yang efektif perlu diambil, antaranya dengan meningkatkan kawalan keselamatan. Pihak penguat kuasa seperti pihak polis perlu membuat rondaan di kawasan-kawasan hitam atau lebih dikenali sebagai kawasan yang sering berlakunya jenayah seperti di lorong-lorong belakang kedai atau di jalan-jalan yang sunyi. Berikutan dengan kemajuan dalam bidang teknologi, pihak kerajaan seharusnya memasang kamera litar tertutup (cctv) di kawasan-kawasan tersebut agar dapat merakamkan sebarang kegiatan jenayah yang berlaku, seperti penculikan kanak-kanak. Tindakan ini dapat memastikan kes kehilangan kanak-kanak dapat diatasi dan dikurangkan.
Langkah lain yang perlu diambil untuk mengurangkan kejadian kehilangan kanak-kanak adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Antara kempen yang boleh dianjurkan oleh pihak kerajaan atau mana-mana badan NGO ialah kempen ”Sayangilah Anak Anda”. Melalui kempen ini, banyak nilai murni yang boleh diterapkan bukan sahaja kepada ibu bapa malahan kepada setiap anggota masyarakat sekeliling. Antara budaya yang boleh diterapkan dalam setiap diri anggota masyarakat ialah budaya “anak orang, anak kita”. Slogan ini bermaksud walaupun kanak-kanak yang dilihat berseorangan tanpa arah tujuan bukanlah anak kita, tetapi seharusnya sebagai anggota masyarakat, kita perlu melindungi kanak-kanak tersebut daripada sebarang bahaya kerana golongan yang lemah.
Kursus tentang ilmu atau kemahiran keibubapaan juga harus diwujudkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Hal ini dikatakan demikian kerana pada masa ini kebanyakan ibu bapa kurang pendedahan tentang tanggungjawab dan didikan yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak. Oleh itu, kehidupan anak-anak yang tidak terkawal akan menyebabkan anak-anak gemar bersiar-siar di luar tanpa pengetahuan ibu bapa. Keadaan ini amat membimbangkan kita kerana inilah masanya penjenayah atau penculik akan menangguk di air keruh dan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah. Perkara ini akan menyebabkan peningkatan kes kehilangan kanak-kanak akan terus berlaku. Oleh hal yang demikian, kursus ilmu keibubapaan amat penting dijalankan kepada setiap ibu bapa demi kebaikan dan keselamatan anak-anak.
Sebagai kesimpulannya, masalah kehilangan kanak-kanak di negara ini berlaku disebabkan oleh pelbagai punca dan langkah untuk menanganinya perlu dilakukan. Masalah itu akan dapat dikurangkan jika adanya kerjasama antara semua pihak. Hal ini penting kerana anak-anak ialah modal insan dan menjadi harapan negara yang paling berharga pada masa depan. Tanpa aset yang berharga ini, negara akan menanggung kerugian yang besar. Jadi, pihak berkuasa perlulah memainkan peranan yang berkesan untuk memastikan keamanan dan keselamatan kanak-kanak terjamin. Untuk memastikan kanak-kanak dapat menjalani saat-saat kehidupan yang bermakna dan bahagia, ibu bapa, masyarakat, dan pihak berkuasalah yang menjadi sandaran mereka. Oleh itu, kita berharap agar anak-anak dapat hidup dengan bahagia dan terjamin keselamatan mereka.
sowi..nk komen cket
ReplyDeleteayat 1 dh ada kesalahan tatabahasa dah...kesalahan 'pada masa kini' salah..sepatutnya 'pada masa ini'
salam , cikgu saya nak esei lengkap tentang tajuk ini . ' HUKUMAN BAGI PEROGOL IALAH PENJARA DARI 5 HINGGA 20 TAHUN DAN SEBATAN,MANAKALA BAGI MEREKA YANG DIDAPATI MEROGOL DAN MEMBUNUH PULA IALAH HUKUMAN MANDATORI.ADAKAH HUKUMAN TEGAS INI DAPAT MENYEDARKAN MASYARAKAT MENJAUHI ROGOL ATAU PERKOSAAN.BERIKAN PANDANGAN ANDA TENTANG PERNYATAAN INI .' harap saye akan dapat esei yang lengkap tentang soalan ini . terima kasih ya .
ReplyDeleteBoleh
DeleteOi
DeleteAwowkaowkaowkaowkaowkwokwaowk
Deleteckgu terima kasih... karangan ckgu byk memberi inspirasi kpda saya
ReplyDeleteckgu terima kasih... karangan ckgu byk memberi inspirasi kpda saya..
ReplyDeleteKehilangan fokus dlm pelajaran salah satu sb nya adalah kerana memikirkan masalah lain termasuk kesihatan. Untuk lebih bertenaga dan fokus, selesaikan masalah kesihatan di:
ReplyDeletePembasmian gejala migrain, pening, bersin, gatal hidung kronik, sakit mata, bisul dan nanah
Semoga tahap kesihatan jadi baik dan fokus trhadap pelajaran naik mendadak. TQ.
cikgu jangan buat muka ketat kt gambar tuh... x bleh blah..
ReplyDeleteThankyouuuu you saved my life!!!!!
ReplyDeleteHai cikgu...... Sara rasa perenggan ketiga Ada masalah skit
ReplyDeleteTidak boleh mula perenggan dengan penanda wacana
terima kasih cikgu atas bantuan cikgu. cikgu telah beri inspirasi kepada saya, semoga panjang umur murah rezeki. semoga cikgu dirahmati Allah SWT
ReplyDelete^ :D
ReplyDeletebanyak kesalahan kosa kata , tak baik . karangan kamu tak ada hubungan .
ReplyDeleteterima kasih ..thank you so much !!!:D
ReplyDeleteSAYA COPY YAA. TQ;)
ReplyDelete