Unit 2. Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5, m.s. 23)
Soalan Contoh
Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu.
Huraikan kepentingan menguasaai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.
Rangka Karangan
Pendahuluan
- penguasaan ilmu penting – tuntutan zaman – banyak manfaat
Isi-Isi Penting
i. mencipta inovasi - kemudahan manusia
ii. menguasai bidang perniagaan – k-ekonomi
iii. memajukan negara – pemimpin berilmu
iv. melahirkan masyarakat yang proaktif
Penutup
- orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia
Karangan Contoh
Dalam era globalisasi, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting dan perlu diberikan perhatian utama. Hal ini dikatakan demikian kerana, tuntutan zaman telah membuktikan bahawa ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. Oleh itu, semua orang hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup seperti kata-kata hikmat, “Ilmu pelita hidup”. Jadi, semua orang khususnya para remaja perlu menggunakan masa ketika muda ini untuk mencari ilmu sebanyak mana yang mungkin. Dengan adanya ilmu, sudah tentu seseorang itu akan mendapat manfaat yang banyak terutamanya dalam era globalisasi ini.
Dengan menguasai ilmu, seseorang itu boleh mencipta peralatan baharu atau membuat inovasi dalam pelbagai bidang. Alat atau ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia. Sebagai buktinya, banyak inovasi baharu yang dicipta pada masa ini, contohnya telefon bimbit, komputer riba, drone, dan alat canggih yang lain. Hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi. Jadi, pada masa akan datang sudah pasti budaya yang mementingkan ilmu dalam pelbagai bidang akan menguasai budaya masyarakat.
Ilmu yang dimiliki juga membolehkan kita menguasai bidang perniagaan yang semakin kompleks dan bercorak global dewasa ini. Perkara ini dikatakan demikian kerana dalam era globalisasi, k-ekonomi merupakan trend baharu dalam perniagaan. Jadi, ekonomi yang berasaskan pengetahuan sudah menguasai dunia perniagaan pada masa ini. Jadi, setiap orang harus mengikut arus kemajuan k-ekonomi tersebut untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan zaman jika tidak mahu menjadi seperti katak di bawah tempurung. Dengan menyesuaikan diri mengikut perubahan zaman, seseorang peniaga itu dapat memajukan diri dalam bidang perniagaan pada masa ini.
Jika seseorang pemimpin menguasai ilmu sudah pastilah individu tersebut dapat memajukan diri dan negaranya sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini. Seseorang pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara. Jika pemimpin tidak dapat menguasai ilmu, sudah pastilah negara kita akan tertinggal di belakang negara-negara maju yang lain. Jadi, seperti kata pepatah, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, para pemimpin juga perlu menguasai pelbagai ilmu terutamanya ilmu teknologi maklumat dan komunikasi.
Sekiranya rakyat negara ini dapat menguasai ilmu, sudah pasti hal ini akan melahirkan masyarakat yang bersifat proaktif dalam semua hal. Perkara itu bermakna masyarakat yang berilmu sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan mudah pula berputus asa. Sebagai contohnya, seseorang yang berfikir secara positif sudah tentu akan menjadikan masalah itu sebagai cabaran dan bukannya halangan untuk mencapai objektifnya. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan budaya yang sentiasa dahaga akan ilmu dan menjadikan budaya pembelajaran sepanjang hayat atau “life long learning” sebagai amalan dalam kehidupan.
Sebagai kesimpulannya, ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia perlulah diberikan perhatian oleh semua orang. Berdasarkan ungkapan itu, janganlah kita suka membuang masa kerana masa itu emas dan masa tidak akan menunggu kita. Sekiranya kita lalai dan tidak menggunakan masa dengan bijaksana, sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian. Jadi, gunakanlah masa yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang teknologi maklumat yang sentiasa berubah hampir setiap hari. Kita berharap agar masyarakat negar ini mementingkan penguasaan ilmu demi kemajuan negara.
Oleh Cikgu Mohd Khir Kassim

trima kasih cikgu,doakan kami berjaya dengan cmerlang dalam spm~amin~
ReplyDeleteAmin
Deleteterima kasih cikgu,doakan kami berjaya dengan cemerlangnya,insyaallah.amin
ReplyDeleteCikgu, minta izin copy. Terima kasih.
ReplyDeleteEE menolong sangat2! terima kasih cikgu...realy helpful..this is a last minute work. soo hehe., at night like this. otak ada jam sikit... terima kasih. :)
ReplyDeleteAssalam cikgu, Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Mohon copy.
ReplyDeletecikgu minta izin copy..
ReplyDeleteAs Salam, cikgul terima kasih sebab kongsi karangan ni. Saya mohon meng-copy :)
ReplyDeletesaya mohon untuk copy. tq
ReplyDeleteboleh tak tolong post karangan tentang kepentingan internet dalam pendidikan dalam masa 2 hari
ReplyDeletebagus!! terima kasih cikgu!!
ReplyDeletedoakan saya berjaya di dalam UPSR YANG BAKAL SAYA DUDUKI PADA 10 SEPTEMBER INI
ReplyDeleteBabi
Deletecikgu apakah perbezaan di antara -di dalam- dan -dalam-??saya harap cikgu dapat memberi penjelasan yang jelas kepada saya
ReplyDeleteaida love sangat daniel
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih cikgu . Perkongsian yang bermanfaat =) Semoga Allah memberkati cikgu .
ReplyDeleteSaya minta izin untuk copy ya cikgu. Thanks
ReplyDeleteMinta izin copy. Terima kasih
ReplyDeleteMinta izin copy cikgu.
ReplyDeleteminta izin copy...terima kasih cikgu
ReplyDeleteTerima kasih ,cikgu. Minta izin copy ye ^-^
ReplyDeleteidea cikgu sangat baik..teruskan usaha ..semoga cikgu terus berjaya hingga ke hujung nyawa..aminnn,,,
ReplyDeleteterima kasih atas ilmu ini :)
ReplyDeletemohon copy ye...
ReplyDeleteMohon copy ��
ReplyDeleteminta izin copy ya
ReplyDeletespm 2k17
ReplyDeletesemua good luck all the best!
Really helpful
ReplyDeletetrm ksh ckgu... ckgu mmg terbaik..
ReplyDeleteThanks!!! V helpful :)
ReplyDeleteMohon izin copy. Terima kasih cikgu
ReplyDeleteKarangan yg sangat bagus dan berguna
ReplyDeleteTerimakasih cikgu. Ia telah memberi inspirasi bagi saya untuk mendalami lagi ilmu
ReplyDeleteSaya mintak izin copy...
ReplyDeleteSangat membantu.
halalkan saya untuk meng-copy-an heheheheh
ReplyDeleteMinta izin untuk copy ya.Terima kasih
ReplyDeleteOrang kaya mati, Orang miskin mati.
ReplyDeleteminta izin copy .t.kasih
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteMohon copy ye cikgu tq☺️
ReplyDeleteSaya mohon Meng copy
ReplyDeleteSngt bagus❤️❤️👍
ReplyDeleteTerima kasih cikgu,saya mohon copy����
ReplyDeleteMinta izin copy
ReplyDeleteTerima kasih cikgu, saya mohon copy
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu... minta izin copy ye..
ReplyDeleteMntap
ReplyDeletedoakan saya dipermudahkan spm dan dpt straight A :)
ReplyDeleteterima kasih cg
ReplyDeleteAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
ReplyDeleteTerima kasih cg,cg lah penyelamat saya fuh :))
ReplyDeleteSaya minta yg cikgu
ReplyDeleteYa*
ReplyDeleteassalamualaikum..mohon izin kongsikan karangan ini dengan murid - murid ...terima kasih
ReplyDelete👍
ReplyDeleteminta izin copy paste
ReplyDeleteThank you so much cikgu for this helpful essay! btw, ini semua kerja last minute, hehe so izin mintak ambik sikit ayat cikgu. jangan risau, saya olah ayat cikgu sikit-sikit. saya tak copy bulat-bulat.
ReplyDelete