Lawatan Pelajar-pelajar dan Guru-guru Tingkatan 6 Atas ke SMK. Seri Tanjong, Melaka.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SMK. Seri Tanjong, Melaka yang telah menyambut kami dengan layanan yang istimewa dalam lawatan pada 8 April 2008. Ucapan ini khususnya ditujukan kepada Pengetua SMK. Seri Tanjung, Puan Shaleha Abdol, Penolong Kanan, Puan Rosni Leman, Pemangku Penolong Kanan Program Persediaan Universiti, Cikgu Borhan Md. Nor, Pemangku GPK Kokurikulum, Encik Khalid Bujang, Penolong Kanan Petang, Tuan. Haji Harun Hashim, Puan. Hjh. Rosni Adom, Guru Cemerlang dan guru-guru PPU SMK. ST. Banyak perkara yang telah kami pelajari daripada sekolah ini. Nampaknya SMKST benar-benar inovatif dan bersungguh-sungguh untuk memartabatkan kelas Tingkatan 6 untuk menarik minat para pelajar. Oleh itu SMK.ST telah membuat penjenamaan semula Tingkatan 6 kepada Program Persediaan Universiti (PPU) agar dapat menyuntik semangat baru kepada pelajar-pelajarnya.
SMKST sepatutnya dijadikan model atau contoh bagi sekolah yang menawarkan kelas Tingkatan 6 atau prauniversiti. SMKST telah membuktikan bahawa pendidikan prauniversiti boleh dimartabatkan dengan menggunakan cara mereka yang kreatif dan inovatif atas sumbangan idea daripada Pengetuanya. Bagi Pengetuanya yang baharu, Puan Saleha, para pentadbir dan guru-guru PPU, tahniah dan syabas atas usaha anda semua. Semoga usaha dan idea mantan Pengetua yang sudah bersara itu dapat diteruskan. Kami akan jadikan SMKST sebagai model untuk terus memartabatkan kelas prauniversiti. Semua program yang baik akan kami jadikan panduan dan contoh untuk dilaksanakan di sekolah kami. Idea inovatif yang telah dilaksanakan oleh SMK.ST ini benar-benar berupaya untuk menarik pelajar untuk melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6. Bukan sahaja nama Tingkatan 6 sudah diubah menjadi nama yang lebih relevan, malahan kaedah pengajaran dan pembelajaran juga lebih berorientasikan usaha untuk menyediakan mereka dengan suasana dan cara pembelajaran di universiti.
Guru-guru prauniversiti dari SMK. BBST bersama-sama dengan 40 orang murid yang mengikuti rombongan ini telah mendapat suntikan semangat dan idea baru selepas berkunjung ke SMK.ST. Perkongsian pintar antara sekolah kita perlu diperluas dalam pelbagai bentuk untuk kebaikan pelajar-pelajar sekolah kita juga. Semoga manfaat daripada perkongsian pintar ini akan melonjakkan keputusan STPM sekolah kita pada tahun ini. Semua idea yang kami peroleh daripada SMK. ST akan dibincangkan dengan pihak pentadbir SMK. BBST untuk dilaksanakan mengikut kemampuan kami.
Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada seluruh warga SMK.ST. Semoga SMK.ST akan terus maju dan berjaya untuk memartabatkan kelas persediaan pelajar-pelajar ke universiti.

Oleh Cikgu Mohd Khir Kassim
saya pergi juga walaupun saya di tingkatan 5..sekolah smk.st merupakan sekolah yang bagus di pandangan saya..
ReplyDeletetapi saya perhatikan bahawa tingktan 6 di smk.st lebih maju dan banyak aktiviti berbanding sekolah kita..
setiap minggu,
mereka yang beragama islam akan bersilat
yang bukan beragama islam akan taekwando
manakala,satu bangunan yang luas untuk mereka sahaja...
saya amat teruja dengan pelajar sekolah smk.st yang amat berdedikasi pada pandangan saya..
para pelajar tingkatan 6 sekolah kita banyak ketinggala..
jadi,saya cadangkan bahawa mereka perlu ditingkatkan lagi...
sekian,terima kasih
Dah jumpapun blogs penyelidikan SMK BBST. Tahniah En Khir. Anda memang seorang yang berinovasi di sekolah ini.
ReplyDeletesend kat saya gambar di SMK ST boleh, nanti boleh ajar saya nak mahir guna blogs.
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.