Pengikut laman ini

Thursday, February 9, 2017

Latihan Soalan Morfologi Berdasarkan Soalan STPM P2 2016

1   Yang manakah pernyataan yang benar tentang morfologi?
            I     Bidang yang mengkaji pembentukan kata.
            II    Bidang yang mengkaji bunyi dan makna kata.
            III   Bidang yang mengkaji fonem, morfem, dan kata.
            IV   Bidang yang mengkaji bentuk struktur dan golongan kata.
A   I dan II
B   I dan IV
C   II dan III
D   III dan IV
·         Analisis soalan dan jawapan:
  Topik: Morfologi
·         Fokus soalan: Bidang morfologi
   
    Soalan meminta calon untuk memilih pernyataan yang benar tentang morfologi daripada pernyataan yang disenaraikan. Oleh itu, calon perlu mengetahui bidang kajian dalam morfologi dan membuat pilihan daripada pernyataan yang diberikan. Jawapannya B kerana pilihan I dan IV merupakan bidang kajian dalam morfologi berbanding dengan II dan III bukan bidang kajian dalam morfologi sahaja tetapi terdapat juga bidang fonologi dan semantik. 

2   Yang manakah padanan yang betul antara jenis penggandaan dengan contohnya?


Jenis penggandaan

Contoh

I
Berentak bebas

P
Remeh-temeh sedu-sedan

II
Berentak pengulangan vokal
Q
Suku-sakat, bolak-balik

III
Bersisipan
R
Cerai-berai, pekik-mekik

IV
Berentak pengulangan konsonan
S
Tali-temali, jari-jemari







I
II
III
IV
A
P
Q
S
R
B
R
P
Q
S
C
P
R
S
Q
D
R
S
P
Q

Analisis soalan dan jawapan
·      Topik: Morfologi
·       Fokus soalan: Kata ganda – jenis penggandaan
     
     Soalan meminta calon untuk memilih padanan yang betul antara jenis penggandaan dengan contohnya. Oleh itu, calon perlu mengetahui jenis kata ganda dan memadankannya dengan contoh yang betul. Jawapannya C kerana contoh penggandaan berentak bebas ialah “remeh-temeh” dan “sedu-sedan”.  Contoh penggandaan berentak pengulangan vokal ialah “cerai-berai” dan “pekik-mekik”. Contoh penggandaan bersisipan ialah “tali-temali” dan “jari-jemari”. Contoh penggandaan berentak pengulangan konsonan ialah “suku-sakat” dan “bolak-balik”. 

     3   Yang manakah pasangan kata yang kedua-duanya kata majmuk?
            I    Bukit-bukau, berperibadi
            II   Berprasangka, berurus niaga
            III  Berbulan madu, berkecil hati
            IV  Bertanggungjawab, berpenat lelah
A   I dan II
B   I dan IV
C   II dan III
D   III dan IV

Analisis soalan dan jawapan:
·      Topik: Morfologi
·       Fokus soalan: Kata majmuk
  
    Soalan meminta calon untuk memilih pasangan kata yang kedua-duanya kata majmuk. Oleh itu, calon perlu mengetahui bentuk kata iaitu kata majmuk dengan contohnya. Jawapannya D kerana kedua-dua perkataan dalam III dan IV merupakan kata majmuk iaitu “berbulan madu” dan “berkecil hati” serta “bertanggungjawab” dan “berpenat lelah”. Jawapan I dan II salah kerana perkataan “berbukit-bukau” ialah kata ganda dan “berprasangka” ialah kata berimbuhan pra-.